Lima belas duit

Apa nie…tengah tengah sedap dok cerita pasal gelas dan botol tiba tiba keluar tajuk ” lima belas duit “.

Memang la blog duacongkak nie dah jadi blog merapu, caca marba, semak, apa saja dia nak sumbat. Cerita lima belas duit nie bagi orang sebelah utara pasti tahu tapi, pembaca dari sebelah selatan atau dimana saja tentu pelik, apa itu lima belas duit.

Dulu dulu lima belas duit nie rasanya dah boleh beli air botol (air lemenet). Tapi la nie budak budak jumpa tepi jalan pun pikir banyak kali nak mengambilnya. Kalau dia ambil pun, sudah tentu dia tenguk kiri dan kanan, tak cukup kiri kanan, depan dan belakang pun dia keleh juga. Sebab apa…? Kut ada budak budak lain perasaan nanti dia terasa malu…hehe.

Nak tahu apa dia lima belas duit? Sebenaqnya lima belas sen.

Contoh dia macam nie…

  

Cuba tenguk, bila duit 5 duit campur dengan sekupang maka jadilah dia lima belas duit. Orang selatan pula kata lima sen campur sepuloh sen jadilah lima belas sen.

Awat nie duacongkak…? duk melalut saja, syiling 5 sen sama besar dengan 10 sen ka…? Hebat nie…! Hehe jangan terkejut tau…sebenarnya nak habaq pi, dua keping syiling ini adalah keluaran tahun 2011, kedua duanya dapat pada bulan Mac tapi saja simpan dulu sebab syiling 20 sen dengan 50 sen belum muncul. Kedua dua syiling ini saiznya sama seperti tahun sebelumnya. Tak ada beza pun.

Tunggu punya tunggu syiling 20 sen dengan 50 sen rupa rupanya…!

 

Tu dia…syiling 50 sen (lima kupang) 2011 tengah ligan kereta hijau. Entah bila nak singgah belum tahu lagi. Kena tanya PETRONAS.

(Minta maaf kepada pihak Syarikat petronas sebab gunakan gambar poster anda, bukan ada niat tidak baik atau menghina. Cuma semata mata menantikan kehadiran 50 sen 2011 sebagai koleksi peribadi.)

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s