Serumpun Gelas

Mungkinkah ini dikatakan harta karun…?

 

Nak jadi cerita semasa merayau rayau dalam dusun, terserempak dengan lunggukan diperdu kelapa yang sudah tinggal pangkal. (tempat pembakaran sampah). Ini sebahagian dari sisa yang ditinggalkan setelah sebahagiannya di ambil dan bawa balik ke rumah. Kesemuanya adalah gelas gelas lama yang terkumpul. Siapa yang kumpul wallahualam tapi masa nak kutip tu macam macam dibaca. Mulut terkumat kamit sambil satu persatu di alih dan masukkan dalam bungkusan kertas surat khabar.

Ambil satu dan ditelek gelas Coca Cola…ambil lagi gelas Pepsi Cola, seterusnya F&N, bubble UP, Green Sport, 7UP, Planta magerin, daisy margerin, juga ada beberapa biji gelas calsberg. Yang tu tak kutip la… Ada diantaranya sudah pecah, Disebabkan banyak yang sudah pecah maka tanpa hirau siapa punya lebih baik diselamatkan. Jika tidak habis semua akan dipecahkan orang. Lihat pada keadaan gelas yang pecah seperti baru berlaku. Dalam kutipan itu sikap tamak tiada dalam diri ini. tinggalkan juga sisa yang masih elok bersama gelas yang sudah jadi kaca berkeping. Lihat gambar diatas…sebenarnya gambar ini diambil setelah berbulan ditinggalkan, ternyata tiada siapa pun yang mengusik atau memperdulikannya. Rasa macam mahu kutip sampai habis dan bawa balik jadikan koleksi.

Duacongkak percaya barangan lama masih banyak tersembunyi dalam dusun ini atau disekitarnya kerana, tuan punya yang asal adalah berbangsa Cina. Selalu juga buat tinjauan dan pencarian disekitar tempat itu, diantaranya botol Golden Eagle di temui dalam kebun kelapa sawit yang berjarak tiga tuan dari kumpulan gelas ini. Botol Calsberg lama warna hijau dan bahagian tapak/bawahnya berlubang tidak diambil dan tinggal begitu saja walau pun masih elok, sebab botol arak tak mahu bawa masuk dalam rumah. Sayang sekali dalam pencarian ini masih belum terjumpa botol botol jenama sama dengan gelas yang ditemui. Mungkin sudah di jual pada karung guni atau sudah tertanam dalam tanah.

 

Inilah rupa gelas yang diambil dari perdu tunggul kelapa dan gelasnya sudah dibersihkan. Mana 7UP ?…yang kelihatan gelas Mirinda. Hehe…akan terbit nanti dalam blog ini kerana masih ada gelas gelas lain yang bukan ditemui disitu saja, ada diantaranya dibeli dari penjual barang lama atau dari kolektor lain.

Apa pun simpannnnn…dulu

 

6 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s