Gelas Kaca Bubble Up

Ramai diantara para kolektor yang lebih awal berkecimpung dalam koleksi botologi dan juga gelas memiliki apa yang duacongkak keluarkan untuk tatapan semua. Bagi duacongkak, pengumpulan barangan lama seperti gelas dan botol masih terlalu awal jika hendak dinamdingkan dengan mereka yang bergelar otai otai. Hanya untung nasib saja membolehkan duacongkak memiliki barangan seperti ini yang sekarang sudah sukar untuk mendapatkannya.

Diantaranya adalah Gelas minuman bubble UP. Biar pun duacongkak lahir Tahun 60an tapi, belum pernah sekali pun merasai air minuman ini. Bagai mana rasa tidak dapat diperjelaskan kecuali air Seven UP yang sehingga kini masih ada dalam pasaran.

 

Ini adalah salah satu gelas bubble UP yang ada dalam simpanan. Pada bahagian gelas tertulis, KISS OF LEMON KISS OF LIME Mungkin perasa air ini adalah Lemon dan Limau. Tak pasti samada betul atau tidak. Yang dapat menjawabnya adalah otai otai kita atau mereka yang pernah menikmatinya.

 

Bentuk gelas ini tidak jauh bezanya dengan keluaran gelas Green Sport. Ini kerana kilang yang mengeluarkan gelas ini adalah dari syarikat yang sama. Cuba lihat bibir gelas ini yang bersalut dengan warna keemasan.

Lihat lagi gambar dibawah.

 

Tertera nama AMOY CANNING CORP’N (M) BHD. Diatasnya terdapat tulisan Cina. Mari kita lihat perbezaan keratan pada gelas Green Sport pula.

 

Pada kedua dua gambar ini dari gelas yang berbeza dan, tulisan Cina juga berbeza. Maaf tak pandai nak terjemahkan kedua dua tulisan ini.

Apa pun simpannnnn…dulu

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s