Gelas Kaca ( Daisy )

Di Malaysia, bila sebut magerin mesti ingat Planta…sebab Planta sememangnya begitu popular sejak dulu lagi. Tapi jarang jarang kita dengar Daisy Magerin atau Magerin Daisy. Walau apa pun sebutannya magerin tetap magerin dan hanya jenama yang membezakannya. Kini Daisy juga sudah popular sebab ianya adalah satu nama yang besar juga dan tetap  bersaing dengan jenama jenama yang lain.

Bukan iklan tapi saja nak tunjukkan sesuatu pada anda semua.

   

Ini adalah rupa bentuk gelas dari jenama Daisy Magerin yang ada dalam simpanan duacongkak. Gambar kiri tertulis perkataan Daisy Magerin. Keadaan gelasnya berlekuk lekuk dibahagian tengah. Diperbuat dari kaca jernih hingga menampakkan tulisan disebaliknya.

Cuba lihat gambar kedua setelah dipusingkan…tulisannya dari tulisan Cina yang tidak pasti apakah sebutannya. Lihat pula bahagian tepi gelas, terdapat anak panah kiri dan kanan. Sebenarnya nak bagi tahu ukuran lilit gelas tersebut. Bahagian bawah sekali ukuran lilitnya 8 inci, bahagian atas pula ukurannya 9 inci 1/2 dan ketinggian adalah  5 inci. Gelas ini sama besar, sama saiz dan sama bentuk dengan gelas Magerin Planta. Tahun dikeluarkan dalam anggaran 1970an/awal 80an. Tak berani kata yang tepat kerana sumber tiada.

Dalam simpanan gelas Daisy ini ada dua biji kesemuanya. Malang sekali sewaktu mengemas dan cuba untuk mengambil gambar tiba tiba Myu_Chi berkejar kejar dengan anaknya ( Neiru ) lalu terlanggar. Akibatnya satu dari gelas Daisy ini terbalik dan…PRANKKK…

 

Inilah akibatnya. Nak marah tak boleh sebab dia binatang, nak tak nak tangkap kedua duanya lalu masukkan dalam bilik…baru lega sebab takutkan gelas gelas yang lain pula selamat berderai. Dari dua tinggallah satu sebagai kenangan dan adil dengan koleksi Planta Magerin yang sememangnya ada satu biji saja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s