Botol Kaca

Pada 04/04/2011 semasa meronda sebuah kampong di Pontian, dengan melalui tepi kebun kelapa sawit, tidak semena mena terpandang sebiji botol kaca yang hampir tertanam dalam tanah. Pantang nampak barang pelik pasti berhenti dan terus mendapatkannya. Belek punya belek, maka kelihatan logo timbul pada botol tersebut. Tidak puas hati terus mencari air lalu basuh hingga bersih dan buang tanah tanah yang ada di sekeliling botol dan juga rerumput berakar didalamnya.

Hasilnmya…Lihat gambar ini.

 

Sebiji botol yang besarnya hampir sama dengan saiz botol kicap yang besar. Mulut botol ditutup dengan penutup putar. (Penutupnya sudah tiada waktu ditemui) Dibahagian genting botol terdapat ring putih dipercayai penyambung pada penutup. Dan dibahagian leher botol pula ada satu lengkaran timbul seperti had/sukatan cecair yang diisi dalam botol tersebut.

Pada bahagian badan botol terukir gambar logo burung helang sedang mengepak sayap (terbang) dengan kaki mencengkam globe. Dibawah globe tertulis ” Golden Eagle” dan akar berdaun menjalar sekeliling botol dan hampir bercantum.

Terus ke bahagian bawah dimana terdapat tujuh barisan lilitan yang berbiji dan terdapat tulisan CETAK yang tertera:

” THIS IS THE PROPERTY OF HIN TRADING MANUFACTURING CO.”

Pada bahagian bontot botol pula terdapat dua lingkaran berbiji dan ditengah tengahnya tertera  J9 o55 dan juga nombor 10.

Sebenarnya duacongkak tidak pasti botol apakah ini…samada botol ini adalah dari jenama minuman keras atau mungkin botol tonik. Jadi musykil. Mungkin ada diantara ahli botologi yang dapat memberi penjelasan.

  

Dua keping gambar ini adalah dari botol yang sama dan cuba untuk mendapatkan arca pada botol bagi tujuan ahli botologi melihat dengan jelas. Harap maaf kerana beberapa kali cuba ambil gambar  pada botol ini tidak berhasil dan ini adalah yang terbaik. Pelbagai sudut sudah dicuba tapi tidak berhasil kerana botolnya clear ( jernih ) dan print pula tidak timbul jelas seperti ” lingkaran leher botol. ”  (Guna kamera hand phone murah)

Sebelum dimuatkan dalam blog ini, duacongkak sudah bertanya pada seseorang (Bloger) yang dikenali dari Sabah yang kini berada di luar negara, gambar juga sudah di postkan padanya tapi tidak dapat jawapan tepat kerana gambar kabur dan silau. ( hehe…sorry bloger yang berkenaan ) saja tak mau promote…orang dah tau.

Harap harap bila sudah dimuatkan dalam blog ini, dapatlah kiranya ahli ahli botologi perjelaskan kerana duacongkak sudah puas mengesan dalam internet tapi tidak jumpa asal usul.

A

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s