Error Lagi

Jumpa Lagi.

Bukan nak menunjuk, dan bukan nak bermegah. Dulu syiling 5 sen dikeluarkan dalam blog untuk tatapan dimana kedudukan tulisan yang dicetak berganda. Kali ini diterbitkan pula syiling 20 sen yang mempunyai cetakan berganda juga. Bukan saja cetakannya sama, malah tahun dikeluarkan juga adalah sama iaitu 2008.

Mari lihat keadaan syiling 20 sen tahun 2008 yang cetakannya berganda.

  

Gambar pertama adalah bahagian Tepak Sirih pada syiling yang tiada sebarang kecacatan. Cuba lihat pula bahagian depan dengan tertera nilai muka 20 sen. Berpandukan anak panah terdapat kesan cetakan berganda pada sebahagian tulisan “MALAYSIA” dan juga pada angka 08.

Untuk lihat lebih jelas, lihat pula keratan gambar ini.

 

Kemungkinan besar syiling begini banyak diedarkan diluar sana dan sering berpindah tangan ke tangan tanpa kita sedari. Bagi duacongkak, setiap syiling keluaran tahun 2008, lebih lebih lagi bagi syiling 5 sen dan 20 sen. Tidak akan terlepas begitu saja tanpa dibelek dan ditelek terlebih dulu. Ini kerana kedua dua syiling ini berkemungkinan ada yang cetakannya berganda.

Mari lihat lagi.

  

Kita lihat pula syiling kedua yang ditempa pada tahun yang sama. Lihat anak panah yang menunjukkan pada huruf ‘ E ‘ pada ejaan SEN. Juga didapati keadaannya dicetak berganda.

Lihat keratan ini.

 

Pada tulisan ‘ SEN ‘ nampak jelas keadaannya berganda, begitu juga dengan angka ‘ 08 ‘. Kesimpulannya kemungkinan besar syiling tahun 2008 ada masalah cetakan berbanding dengan tahun tahun lain. Ini kerana setakat ini belum terjumpa lagi syiling begini pada tahun tahun lain.

Bagi kolektor lain sekiranya ada, janganlah mendiamkan diri. Marilah kita sama sama berkongsi info dan jadikan satu koleksi yang menarik.

Apa pun simpannnnn…dulu

 

6 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s