cetakan berganda

 

Dulu 50 sen sekarang 20 sen

Pernah sebelum ini duacongkak keluarkan siri 50 sen dan 5 sen dengan cetakan berganda. Kini giliran syiling 20 sen pula menjadi pilihan dalam post. Syiling 20 sen ini ditempa pada tahun 1991 dengan bilangan sebanyak 82, 773, 787 keping.

Tidak semua syiling ini mempunyai bentuk yang sama, sekiranya ada mungkin bilangannya amat sedikit. Kepada yang sudah milikinya tentu berasa puas dan bagi mereka yang berminat sudah pasti ingin mencari dan mendapatkannya…Tapi di mana ya..!

Dalam blog duacongkak ada sekeping sebagai contoh.

Lihat pada tanda anak panah dimana setiap bahagian terdapat pembayang pada muka duit syiling ini. Sekali pandang seperti tiada apa apa yang istimewa, tapi bila diteliti sudah tentu agak menarik kalau disimpan. Sebabnya, syiling begini amat jarang dan sukar untuk kita perolehi.

Bila sudah menjadi hobi, benda benda halus begini pun dicari sedangkan nilai mukanya tetap sama iaitu 20 sen. Dalam kocek ada RM 9.80 sen, sudah tentu tidak dapat beli rokok yang harganya RM 10/= Kurang 20 sen maka terpaksa digunakan juga. Tapi apakan daya bila muncul minat maka rokok terpaksa beli kemudian dan 20 sen kena simpan dulu. Sebabnya error yang cukup menarik.

Apa pun simpannnnn…dulu

2 Comments

  1. Ya, mechanical doubling ini jika bernasib baik dan berusaha, kadang-kala mungkin dapat ditemui. Pakar selalu berkata ini bukan satu error. Namun bagi kolektor yang ingin mencarinya pun bukan senang. Kerana itu, kami tetap akan menyimpannya jika dapat ditemui. Mana tahu. Satu hari nanti, MD pula menjadi satu segmen error coin yg diminati ramai. Terima kasih kerana berkongsi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s