10sen extra metal

 

Mari kita tinjau pula sekeping syiling 10 sen 2005.

Apa yang ada pada duit syiling ini..? Kebiasaannya kita tahu bentuk duit syiling 10 sen edisi kedua dengan bentuk bunga raya adalah sama sahaja. Edisi kedua ini bermula dari tahun 1989 hinggalah ke tahun 2010. Bagi tahun 2011 belum tahu apa bentuknya. Apakah masih dengan ciri ciri bunga raya. Kita sama sama tunggu dimana hanya tinggal beberapa minggu saja lagi akan muncul tahun 2011.

Berbalik semula dengan syiling 10 sen 2005 milik duacongkak.

Bahagian muka depan dengan tanda nilai serta tahun ditempa. Untuk makluman semua syiling ini ditempa sebanyak 316, 800, 000 keping kesemuanya. Satu pengeluaran yang cukup banyak sekali. Tapi sejarah syiling Malaysia dengan nilai 10 sen paling banyak dikeluarkan adalah pada tahun 1998. Dimana pada tahun tersebut BNM telah keluarkan syiling 10 sen sebanyak 1, 966, 056, 746 keping dan hampir dengan 2 bilion. Begitu juga dengan syiling 1 sen, 5 sen dan 20 sen dimana pada tahun 1998 pengeluarannya melebihi angka 1 bilion. Mengapa begitu banyak sekali?…Jangan tanya soalan tersebut. Duacongkak tidak dapat menjawabnya.

Cuba lihat dihujung kepala ‘ congkak ‘. Terdapat sedikit metal yang terpalit dihujungnya. Syiling ini hanyalah minor error, walau bagaimana pun kepada sesiapa yang pernah terjumpa bolehlah simpan dan jadikan satu koleksi. Seperti syiling ini sudah dinyatakan jumlah tempaan yang dibuat dan dikeluarkan melebihi 300 juta. Dalam jumlah yang besar begini belum tentu semua ada minor error ( extra metal ). Seperti juga syiling 50 sen 1979 dan 1988, belum tentu senang untuk kita dapatkan Extra Dot. Bagi yang sudah ada pasti rasa puas…hehe, tak percaya cuba tanya mereka yang ada syiling 50 sen 1979, 1988 Extra Dot. Apa jawapan mereka.

Bagi duacongkak jawapannya senang jer. Masih mencari tambahan bagi Extra Dot.

Apa pun, simpannnnn…dulu.

12 Comments

    • Salam kembali sdr shamlan.
      Syiling Malaysia yg mempunyai ” extra dot ” hanyalah bg syiling:-
      5 sen —tahun 1982
      50sen—tahun 1979 dan
      50sen—tahun 1988.
      Siri-siri lain bukanlah extra dot tp mungkin extra metal.
      harap maklum dan cuba semak kedudukan extra dot bg syiling 50 sen 1979
      sebagai mana yg duacongkak keluarkan dlm blog ini.
      Terima kasih.

  1. 50 sen 1979…confirm extra dot…baru ni dapat satu syiling 10 sen 2008 dan 2009..terdapat dot di bahagian belakang permukaan rata….beberapa collector mengatakan extra dot termasuk yang 10 sen 1989 dan 1990 walaupun yg di isyhtiharkan dot seperti yg dua congkak katakan..apa pa pun thanks for the info..we are sharing the coins we found and info with the rest…As a collector, we collect as many extra dot/metal for satisfaction..Seorang kawan juga ada 10 sen 1990 extra dot /metal dan di tempat yang sama…so far both of us yang ada..Di internet..nobody claim samada extra dot/metal for 10 cent 1990…Tapi macam mana pun x rugi kita simpan sebagai collector…Baru le kita di namakan collector.Any way , i love reading ur blog…I’m going to have my own blog …but not now…keep in touch dua congak…tq

    • Bagus shamlan…duacongkak pun mana2 syiling yg ada keunikan/kelainan dari biasa, pasti ambil dan simpan.
      setakat ni mana2 syiling selain dari yg telah didaftarkan sebagai extra dot, kita tidak dpt tentukannya kerana,
      extra dot berlaku pada alat pencetak, bukannya kesilapan pd syiling, sebab tu setiap dotnya sama saiz,
      sama kedudukan dan tidak lari. Untuk yang akan dtg duacongkak akan keluarkan lg syiling yg ada kecacatan
      kerana ramai yg berminat dan sudah mula mencari dan mendapatkannya.

  2. apa kata kita buka kelab syiling extra dot/metal malaysia…kalau ikut pengamatan saya…dah ramai yg meminati syiling yg extra extra ni…lagi pun x semua syiling ada extra dot/metal…kalau boleh duacongkak create kan kat facebook…saya memang cari yang extra dot/metal syiling malaysia…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s