AWAS…syiling palsu

Bagaimana hendak mengenalinya..?

Hari ini duacongkak berhasil mendapatkan 3 keping syiling wang palsu yang di hasilkan oleh sebuah kilang haram sekitar tahun 2005. Ikutkan menyimpan duit palsu adalah satu kesalahan tapi bagi duacongkak, tujuan dapatkan syiling ini bukan untuk memperdaya sesiapa atau hendak digunakan dimana mana kedai. Tapi tujuan hanyalah untuk berkongsi maklumat dengan rakan rakan blog serta diabadikan dalam koleksi.

Untuk makluman juga…kilang haram tersebut berjaya diserbu dan semua barangan peralatan telah pun dirampas. Tiga keping syiling ini adalah sisa dari bekas kilang tersebut. Cetakan muka syiling 2005

Ciri ciri syiling palsu:-

Rupa bentuk cetakan hampir 100% asli (tulin) samada muka nilai atau muka wau. Begitu juga dengan cetakan Bank Negara Malaysia dibahagian tepi/sisi. Lengkap seperti yang asal. Sorry tidak dapat tunjukkan bahagian tersebut.

Apa yang membezakannya?

1) Rupa syiling ini lebih berkilat dari yang asal.

2) Permukaan syiling agak cembung dibahagian tengah walau sentuh seperti rata.

3) Kedudukan wau sengetnya sebelah kiri berbanding dengan yang asal kedudukannya senget disebelah kanan dengan kepala wau sebelah kiri.

4) Syiling ini diperbuat dari kepingan besi…sebabnya akan melekat bila diletakkan pada magnet. (Tidak dapat beri contoh/gambar…Sorry).

5) Bila disentuh terasa licin tidak seperti yang ori.

Ukur lilitan dan ketebalan sama yang asal. Berat tidak pasti (belum timbang).

Hanya itu saja yang dapat dijelaskan kerana syiling palsu ini hampir tulin.

6 Comments

  1. tahniah duacongkak!
    eh dapat duit palsu pun kita tahniah kan, tapi ye lah, time nak duit palsu time tu lah dapat, tapi time nak cari duit palsu, cari satu balang pun tak jumpa.

    apa apa pun duit palsu pun patut kita simpan agar kita tahu itu duit palsu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s