5 kupang 2000

 

Salam hormat dan salam mesra, buat pengunjung yang budiman, edisi 5 kupang yang amat ketara, minor error yang menarik buat tatapan.

Dalam seribu mungkinkah satu, mungkin beribu baru terjumpa, 5 kupang dikeluarkan tahun 2000, pasti kecacatannya waktu ditempa.

Mujur sungguh tidak diguna, baru boleh dibuat koleksi, berpantun saja apalah makna, upload gambar untuk disaksi.

Sekali imbas dipandang pasti faham, cetakan berganda nampak nyata, puas sudah duacongkak mencari ilham, untuk penjelasan bersama fakta.

 Ada yang lihat berasa puas, sesetengahnya pula terpinga pinga, cukup dulu dilihat sekali imbas, kita lihat pula bahagian sebelahnya.

Dari apa yang anda lihat pada bahagian wau ini adalah dari syiling yang sama. Kelihatan bahagian penjuru ekor wau “TALI RAMBU” hampir tidak kelihatan. Bukan dikikis atau pun terhakis tapi adalah jelas kehilangannya sewaktu kerja kerja menempa.

Syiling ini adalah yang pertama dalam koleksi mengalami sedikit kecacatan dikedua dua belah mukanya. Biasa yang ditemui hanya satu bahagian samada muka depan atau disebelah lagi.

Apa pun simpannnnn..dulu!!

Advertisements

4 Comments

  1. Hi duacongkak,
    Sekali lagi kami kembali buat tekaan aje, haha.
    Cetakan berganda pada 50 itu nampaknya disebabkan mechanical doubling.
    Manakala beberapa bahagian wau kurang kelihatan berpunca dpd struck through grease kerana edge syiling itu masih nampak.
    Terima kasih kerana berkongsi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s