warisan mata wang

Setem Keluaran 11/04/1998

Bulan Oktober duacongkak perkenalkan setem yang pernah dikeluarkan oleh Pos Malaysia berkaitan dengan Mata Wang Malaysia dulu dulu.

Terdapat 4 jenis setem kesemuanya dengan nilai muka 20c, 30c, 50c dan juga RM1

4 in 1

 Bagi setem 20c menggambarkan Syiling Mas Terengganu,  juga adalah berupa wang terawal di Negeri Terengganu yang dikeluarkan semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin Shah II (1793 – 1808)

Setem 30c pula menggambarkan Syiling Kupang Kedah. Dikeluarkan semasa pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah pada 1661 – 1682. Pada mulanya Negeri Kedah mengimpot wang syiling emas dari Johor, Patani dan Acheh bagi tujuan perdagangan pada permulaan abad ke 17.

4 in 1

 Setem 50c menggambarkan Syiling Kupang Johor.

Syiling ini dikeluarkan semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II ( 1597 – 1615 ) Pernah digunakan secara meluas di Asia Tenggara dengan nilai Mas dan Kupang. Nilai Mas lebihkurang empat kali ganda dengan nilai Kupang.

Yang ke empat setem siri RM1.

Dikenali dengan Syiling Kelantan dan digunakan diantara tahun 1400 hingga 1780. Syiling emas (kupang) Kelantan  terdapat tiga jenis iaitu Syiling kijang, Syiling Dinar Matahari dan Syiling tulisan bahasa Arab pada kedua dua belah muka.

Kempat empat setem ini disimpan sebagai koleksi dengan bentuk 4 dalam satu ( 4 in 1 ).

Setiap kandungan helaian terdapat 50 keping semuanya dan setiap penjuru terdapat cetakan. Bagi duacongkak hanya mengambil bahagian penjuru sebelah kiri sebagai koleksi.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s