syiling 5 duit

Rupa Duit 5 duit yg cacat. (double print)

 

Mai cek, mai adik, mai abang, mai kak, mai tuk wan, mai opah, mai semua mai…. kita tanguk ramai ramai, duit 5 duit baru sampai, tahun 2008 depa canai.

Muka lawa nampak berkilat, depan belakang tak kena sagat, benda kecik tak nampak sangat, tapi cubalah depa lihat, tulisan Bank Negara Malaysia yang cacat, silap haribulan mata yang penat, nampak pembayang macam duk buat buat.

 

 

 

 Depa tenguk duit ni boleh perasan tak…kat mana yang dikatakan cacat…cuba lihat tulisan ” Bank Negara Malaysia “. Tulisannya seolah olah kembang nampak dua berlapis. Sebelum duacongkak keluarkan duit cacat rupa ni, dah ada bloger/kolektor lain yang terlebih dulu mendapatnya. Mungkin dia masih simpan atau pun sudah jual tak tau la…Nilai muka duit dia dah lupa, 5 duit jugak ka…atau nilai sekupang dua kupang dah tak ingat.

Nak kata scanner rosak, gambaq bunga raya dengan angka 5 tak double pulak. Tapi tang Tahun 2008 pun nampak kecacatannya dimana jelas kelihatan berbayang. Hehe…cuba perbesaq tenguk, betui tak.

Bekok…hang tolong habaq mai naa…duit hang hari tu nilai berapa duit….TQ

 

8 Comments

  1. sebab dah banyak kali gak jumpa duit tahun 2008 yang error… minor error lah… kalo yang big error xde lak…

    cetakkan bertindih nih mungkin acuan dia..berginjak sedikit semasa proses tekanan dijalankan… atau mesin tu gegar.. jadi x sharp sgt lah cetakkan tuh..

    Maksudnya.. ada ginjakan.. tu ada cm bayang2.. or double printer..

    • Ooo…ye ke…ingatkan tahun 2006 je yg bermasalah, sbb 2006 kalau kita teliti dgn betul duit 20sen sepertinya ada 2 set. 1 cetakan milled edge berbentuk rata/segi dan 1 lg berbentuk bulat/bundar tepinya. ke2 2 nya condition yg bnyk.

      cetakannya jg agk kurang kemas, ada kabur, ada yg mengembang.
      yg best 10sen 2007 solid proof mcm cermin.

Tinggalkan komen