“Sekupang”

Edisi sekupang Malaysia.

Air laut rasanya masin, kalau masin jangan diminum, marilah tenguk duit 10 sen, sudah tenguk jangan tersenyum.

Susah juga hendak mengumpul, banyak edisi yang terlalu terhad, setakat ini syiling belum bersampul, Tahun 71 masih belum dapat.

siri pertama

 Siri pertama tersusun rapat, Tahun 71 entah dimana, semua Tahun sudah mendapat, yang satu ini perlukan dana.

Paya bakau banyak lokan, mari mencari dihujung parit, 32.236 keping telah dikeluarkan, edisi keseluruhan yang paling sedikit.

edisi kedua.

 Makan lokan jangan ditelan, mamah dulu hingga hancur,sekupang ini bermula 1989, terakhir 1998 tersusun atur.

Edisi dikeluarkan berturutan tahun, tiada satu yang tertinggal, 1994 harganya boleh melantun, dapatlah dia tanpa gagal.

Edisi ’94 masih dicari, buat koleksi teristimewa, cubalah anda lihat sendiri, jumlah keluaran 7,122,222.

pic ke 3

Gambar ketiga bermula 1999, terakhir 2010 mengikut turutan, edisi 2003 jangan ketinggalan, suatu ketika nanti akan jadi rebutan.

Sebelum terlambat carilah cepat, 2003 ini pasti ada istimewanya, sumber yang ada belum lagi tepat, setakat ini RM10 jadi habuannya.

Semoga para pembaca mendapat info serba ringkas dari blog duacongkak. Untuk mengetahui lebih lanjut dan terperinci, sama sama kita nantikan keluaran katalog terbaru…

 

12 Comments

  1. bukan soal lawan…petua pejam mata sambar saja, dari dinrambong dah setahun aku masih ingat lagi.kalau aku nak harap singgah kat tabung atau dari pemberian orang…mungkin sampai sekarang aku tak dapat.memang di buku keluarannya 32.236 keping saja,tapi sekarang dah tahun 2010…agak2 ada berapa keping lagi?

  2. lahhh…aku pun blum stahun jagung dalam bidang koleksi banknote/coin,apatah lagi nak capai idea tahap “orang lama” atau “ahli numismatik”.sebab tak cukup satu buku…dua buku aku bikin rujukan,tak cukup dengan buku… merayau ke blog2 orang utk tambah pengetahuan.apa yang ada dalam koleksi kita,terpulang pada cara masing2 utk menambahkan lagi koleksi.jadi,bukanlah tujuan kenakan duacongkak atau memaksa supaya memilikinya dengan segera.
    dalam bidang koleksi banknote/coin ni ada cara untuk memiliki koleksi seterusnya (ini idea aku lah…)iaitu…kalau dapat seperti bulan jatuh ke riba tanpa modal itu rezeki tuan punya badan dan cara yang lain pula sanggup korbankan ringgit untuk memiliki apa yang di hajat.
    maaf di pohon jika ada terkasar bahasa tanpa aku sedari.

    • Guyz..jgn terasa…sebenarnya idea nko org berdua memang bagus…aku setuju…mengharap dia dtg sendiri tanpa modal mustahil boleh menjelma…tp, ulasan nko org berdua cukup bagus bagi sesiapa saja yg mahu jd kolektor…sebenarnya aku terima segala komen dgn ht terbuka…tidak disimpan didlm ht. Komen2 begini yg aku minat…TQ Guyz…dinrambong, dan semua kolektor lainnya.
      TANPA ANDA DUACONGKAK TIDAK AKAN MENJELMA.

Tinggalkan Jawapan kepada blurguyz79 Batal balasan