Set 2 Kupang

SIRI PERTAMA DAN KEDUA

Orang utara kata duakupang, Sen dikenali bahasa buku, Set duakupang ini sengaja dipampang, untuk generasi mengenali daku.

Siri Parlimen keluaran pertama, 1967 mulanya diedar, marilah teman lihat bersama, sejarah Negara yang tidak pudar.

Syiling dikeluarkan saban Tahun, bermula 67 hingga Tahun 79, membuat pengumpulan mestilah tekun, disamping menyemak buku panduan.

1967 –> 1979

Syiling 72 tidak dicetak, begitu juga 74 dan Tahun 75, Pengumpul baru janganlah tersentak, syiling Tahun 70 sukar menjelma.

Syiling 70 paling sedikit, hanya diedar 1 juta 54 ribu, dapatkan ia amatlah perit, begitulah juga syiling 71.

9,958,419, itulah jumlahnya bagi Tahun 71, semoga pembaca sudah pun jelas, kedua duanya RARE sudahlah tentu.

Syiling diatas baru sepapan, akan menyusul gambar kedua, jangan lupa yang RARE 1978, dikeluarkan cuma 6,847,062

1980 –> 1993

 Lihat pula gambar kedua, bermula 1980 hingga 93, Tahun 83,84,85,86 tidak bersua,  kerana BNM tidak keluarkannya.

Katalog KN Boon sebagai rujukan, untuk para pembaca semua, gambar diatas dapat bezakan, syiling siri pertama dan juga kedua.

1994 –> 2004

 Gambar ketiga bermula 1994, lihatlah dengan perlahan lahan, Syiling 94 ini sukar nak dapat, jumlahnya hanya 2,680,339.

Kemana perginya 95 dan 96, Tahun 99 dan 2003 tidak kelihatan, gambar ketiga ini dah tentu jahanam, rongak sana sini tidak dipenuhkan.

Janganlah tanya pada duacongkak, dalam rujukan sudah tentu tiada, ku cari cari bagai nak rak, sedikit pun tidak mendapat tanda.

2005 –> 2010

 Hingga kini belum menjelma, mujurnya pencarian tanpa berpeluh, gambar keempat ini bermula 2005, yang terakhir pula ditemui 2010.

Set duakupang lengkaplah sudah, milik duacongkak dalam simpanan, anggaplah blog ini sebagai riadah, walau infonya tidak berpadanan.

..

3 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s