Apa dah jadi..??

Congkak Tegak

Pecah tabung baik baik, jangan sampai berterabur, duit error memang menarik, kalau disimpan dengan teratur.

Duit dikeluarkan habis bersepah, Myu_chii datang mencari sama, syiling 10 sen kini jumpa sudah, kedudukan congkaknya tidak sama.

Myu_chii geram habis dicakar, duit syiling pula digigit gigit, nak dapatkannya memanglah sukar, sebab errornya pelik sikit.

Dalam seribu mungkin satu, kemungkinan juga beribu ribu, selepas ini syiling perlu dicatu, takut ramai datang menyerbu.

pic 1

Syiling  2002 mudah dicari, kurang menarik kalau syilingnya pudar. Tiga serangkai diatur selari, sebagai tanda kedudukan sebenar.

Untuk apa syiling dipamirkan, tiga serangkai tiada bezanya, Nak kata error ternyata bukan, mari lihat bahagian belakangnya.

pic 2 error

 Tu dia..! Dia dah mai, mai tengok ramai ramai, bentuk duit bukannya roti canai, jangan ingat dari Hospital Permai, nak dapat duit ni terkapai kapai, bila dah jumpa terus menyeringai, benda yang pelik sudah sampai.

Kedudukan congkak kepala kebawah, duit yang error berada ditengah, entah macam mana dia boleh singgah, ditangan duacongkak yang penuh tabah, mencari sesuatu untuk diketengah, kepada mereka yang sudi menjengah. nak beri komen biarlah ramah, sedap dibaca tidak disanggah.

Untung nasib boleh dicari, hanya perlu berusaha sendiri, bila dah dapat tentu puas hati, menjadi sebahagian dari koleksi.

Permisi…!

 

Advertisements

12 Comments

  1. tu lah… isk.. menyesal lah pulak, skrg dh ushar… coins 2010 banyak lah pulak, mudah pulak didapati…

    agak-agak..cam x rare aja..

    – yang tegak ke guling ke x penah jumpa lagi, bek congkak, tepak sirih, gasing, ke apa ke..rebana , wau.. xpenah nk perasan sebab just tgk nilai muka je.. erm… kena ushar bek bek pasnih..wooo

  2. hehe…sama lah koleksi RM malaysia pun belom penuh lagi… woo… pokai gak kekadang, skrg wat cara mudah… kumpul duit, tukar ngan makcik yng keJa bank.. perh… – hasil cukup memuaskan.. =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s