Half copper half clad steel

 1 sen 1986 error//rare

 

Mari lihat satu sen ini, 1986 ia di tempa, kenapa boleh jadi begini, adakah sesiapa pernah terjumpa.

berehat rehat diatas katil, sambil makan sebiji ketupat, 1 sen ini dari copper-clad steel, mintage sebanyak 48,920,034.

Jumlahnya banyak berjuta juta, sekali sebut susah nak ingat, untuk apa hanya bercerita, keluarkan saja senang dilihat.

muka depan

 

muka belakang

 Cantik sungguh syiling ini, jelas terpancar warna tembaga,biasa ku lihat duit begini, tapi sekarang tak ada harga.  Bank Negara berkali dah cakap, syiling ini ditarik balik, kalau begitu janganlah silap, simpan kenangan yang cantik molek.Pandai sungguh duacongkak mencari, ada saja error yang jumpa, bukanlah akibat buatan sendiri, pasti asli waktu di tempa.

Bukan dibuat dari besi, tapi dilihat seperti tembaga, cuba lihat dibahagian sisi, keadaan duitnya terbahagi dua.

sisi 2

Apa lagi nak dikata, buah cempedak sudah jadi nangka, mula asalnya tiada harga, siapa berani cubalah teka. Pokok pinang tinggi menjulang, ditebang orang untuk buat rasuk, setakat mencari bukanlah senang, habis dikais mata pun mengantuk.Dayung perahu di persisiran selat, patah dayung berganti galah, gambar sisi satu punyalah ralat, sebab tahunnya tertulis salah.  jangan marah…haa…!!  

10 Comments

  1. duacongkak,aku kurang faham coin 1sen 1986 ni kalau di kategorikan error.dalam simpanan aku coin 1sen jenis copper clad steel memang terdapat jenis sebegini kalau dilihat dari sisi ada dua jenis material.cuba rujuk dinrambong punya koleksi 1sen jika terdapat dalam simpanannya coin sebegini.

  2. duacongkak,maka itu dinamakan copper clad steel.coin 1sen singapore pun ada juga separuh metal dan separuh copper.pasal 1sen malaysia,bukan lagi pasti jumpa…umur aku 15 tahun keje carwash slalu kutip 1sen dibawah carpet kereta.maka itu aku tau memang ada coin yg duacongkak maksudkan.dalam tabung tu pun (tabung di rumah kawan) mmg banyak,cuma aku blum periksa turutan tahunan coin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s