50 sen 2004

 

Salam sejahtera semua…

 Kini duacongkak muncul kembali, dengan kali ini pelbagai edisi, duit error sudah semesti, lihatlah dulu 50 sen ini.

Dikeluarkan pada 2004, tapi duacongkak baru saja dapat, disekeliling duit mari kita lihat, keadaan cetakannya yang cacat.

Gambar atas sebagai pengenalan, buat tatapan semua peminat, rupa duitnya begitu menawan, 6 tahun berlalu masih berkilat.

duit cacat

Silau mata bukannya tua, gatalnya hidung sampai terbersin, bahagian tepinya terbahagi dua, diatas tulisan potongannya licin.

pic 3

 Susah juga hendak melihat, keadaan duitnya begitu berkilat, snap berkali kali tak dapatdapat, dari sudut tepi mahupun yang tepat. 

 Cetakan Bank Negara timbul diatas, sebahagiannya pula licin kedalam, duacongkak sendiri tak tahu nak jelas, dua bahagian tersebut timbul tenggelam.

Enaknya makan kuih lopes, bila disiram air gula merah, kedudukan error sebenarnya berlapis, kalau tak nampak janganlah marah.

pic 50c 2004

 Hati betul betul terasa rimas, selagi gambarnya nampak tak kemas, walau pun sebelumnya sudah terlepas, beberapa pelawat pasti tak puas, melihat error yang tak berapa jelas. walau bagaimana pun janganlah cemas, diperbetulkan juga agar nampak kelas.

Duacongkak sendiri tidak puas hati, ambilkan gambar beberapa kali, pelbagai sudut tegak berdiri, lebih tumpukan dibahagian tepi, agar gambarnya jelas sekali, ternyata berhasil kali ini, nampak jelas dengan waunya selari, errornya pasti menarik hati, semoga pelawat datang kembali, melihat errornya sekali lagi.

TQDC.!!

 

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s