“Mukadimah/biodata”

Dalam Ujian Komputer

Duacongkak membuat ujian komputer yang baru saja selesai dibaiki. Segala dokumen yang ada didalam simpanan kom habis lenyap dan terpaksa duacongkak scan semula untuk pengisian yang baru.

Untuk ujian komputer sementara hendak mengeluarkan edisi seterusnya, biarlah duacongkak melayan dulu kehendak rakan kita Encik Sabri…(Dr Sabri)

Sab…inilah jawapannya serba ringkas di terbitkan. Tidak terkecuali kepada sesiapa saja yang mahu atau sudi membacanya. Biodata diri terselit dalam Budaya Bangsa yang  tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan .

Mohd Nazri diberi nama, 17/10/61 tanggal dilahirkan, enam bersaudara anak yang pertama, Islam agama ku jadi amalan.

Taiping tempat asalku dilahirkan,  Sekolah menengah Tengku Menteri ku tuntut ilmu, Akhir persekolahan 1978, 11 tahun menuntut tanpa rasa jemu.

 Ayah dan bonda di Changkat Jering, adik adik semua sudah berhijrah, isteri ku tersayang Paridah Md Zin, berasal dari Yan Kedah.

Dikurniakan empat cahaya mata, satu lelaki dan tiga perempuan, kerjaya sebenar hanya mata mata, isteri pula ceburi perniagaan.

Coklat badam sudah serasi, digemari sejak zaman bujang, awalnya setem jadi koleksi, kini bertambah dengan koleksi wang.

Hijau kuning hitam dan putih, warna Negeri ku dan isteri sejajar, hobi ku ini masih bertatih, sudilah kiranya beri tunjuk ajar.

Bulan terang dipanggil purnama, terlindung awan menjadi malap, tinggal di Johor terlalu lama,26 tahun kalau tak silap.

16 Tahun di Kota Tinggi, 10 Tahun pula di Daerah Pontian, Bagaikan hidup di kampung sendiri, kiri dan kanan ramainya kawan.

Kota Tinggi Daerah penuh sejarah, Pontian dikenali Penghujung Benua, AB adalah segolongan darah, sayang sekali belum pernah menderma.

Cucuk disini cucuk disana, dialog P. Ramli yang cukup indah, Hasrat dihati mahu menderma, apakan daya tekanan darah rendah.

 Seniman Agong jadi pujaan, menonton filemnya tanpa rasa jemu, blog duacongkak sudah dikeluarkan, lahir bersama secubit ilmu.

P.Ramli terkenal dimasa silam, sehingga kini masih populer, pemilik duacongkak seorang pendiam, menjadi ramah bila ditegur.

Daerah Pontian banyak parit, pelbagai nama dan ada yang lucu, sudah membaca janganlah serik, duacongkak sedar tidak banyak ilmu.

Kepada Sabri Tag terjawab, kepada pembaca terima kasih diucapkan, kalau ada salah dan silap, duacongkak susun jari mohon maafkan.

Fuh..!! Pecah habis dalam kepala nak siapkan biodata ini..

tidak dilayan dikatakan sombong, mula asalnya kepala kosong, duduk diam diam sambil termenung, fikir apa nak di sambung, jangan sampai jadi pembohong, atur ayat pelan pelan sambil melopong, sampai isteri naik bingung, melihat suami tersengih terhoyong, rokok tak berhenti sambung menyambung, hingga estray jadi melengkung, kena tenyeh sampai kepuntung.

Hari pun sudah larut malam, mata yang terang dah jadi kelam, duduk bertemankan  cahaya yang suram, mahu siapkan sebelum terpejam, bukan senang untuk mendapatkan ilham, keletuk keletak bunyi jam, pengacau yang tak reti nak diam, tapi tidak lah kejam. Duacongkak berhenti dulu sebab sayup sayup dengar bunyi kokokan ayam. mata pun asyik mejeling tilam.

hehe…selamat malam…!!

 

5 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s