Replacement note ZD

Apa itu ‘ REPLACEMENT NOTE ?? ‘

Kebanyakan bloger koleksi duit kertas telah menerangkan apa itu replacement note… Sekiranya Duacongkak terangkan disini, tiada bezanya dengan bloger bloger lain yang terlebih awal menjelaskan kedudukan duit kertas ini. Malah Duacongkak juga banyak belajar dan mendapatkan informasi dari mereka. Dengan sebab itu maka duit ini mula mendapat perhatian Duacongak untuk memenuhkan koleksi yang ada. Sayang sekali kerana Duacongkak baru mengenali keunikan dalam mengumpul duit Malaysia ini bermula Tahun 2008, kalau terlebih awal 10 tahun dulu, sudah tentu lebih banyak koleksi yang ada…! Walau bagaimana pun bersyukur juga dapat kumpul apa yang ada sekarang ini biar pun sudah terlambat.

Pic 1

 Bahagian depan bentuk note RM 10 siri 11 with silver security gabenor Zeti keluaran Tahun 2000 dan digunakan hingga kini.

(Anda perasan tak dengan duit ‘ pic 1 ‘ ini…sudah keluar sebagai contoh pada keluaran yang lepas berkaitan note RM 10 warna merah…?) Sebenarnya duit kertas ini adalah siri replacement note.

ZD 0032587

 Selain dari siri ZA, ZB, ZC…note ini juga mengeluarkan siri ZD yang belum tersenarai dalam katalog. Kepada pengumpul yang belum miliki siri ini bolehlah mengejar tapi pasti ramai diantara bloger/kolektor sudah milikinya. Duacongkak pun baru saja memperolehi siri ZD 0032587 low number, sebab itu dikeluarkan dalam blog untuk tatapan semua.

Susah juga mendapatkan siri ZD ini kerana memakan masa yang lama. Puas selak, puas membelek dan puas mengharap tapi akhirnya dia muncul juga bagi melengkapkan kesemua siri yang diedarkan. Salam semua para koleksi…

 

Advertisements

5 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s