RM50 Rare//Error

20hb Jun 2010 bersamaan dengan HARI BAPA.

Hari ibu semua orang ingat…bila hari bapa>>?

Adat bekerja, bila dihujung bulan…bajet semakin menyusut dalam simpanan. BAPA pagi pagi hari pergi mengadap dinding untuk mengeluarkan duit simpanan yang tinggal RM151.00. Bukan apa…buat belanja sementara menunggu hari gaji.

Keluarkan RM50 pun rasanya sudah cukup untuk dua tiga hari. Baki biar dulu dalam akaun bank.

Kad pun dimasukkn dan terus tekan tekan nombor, picit sana picit sini..dan…

keluarlah duit ini..!!

pic 1

 Sekeping note RM50 siri ke 11

Pada mulanya tidak kesah lagi…tapi, bila lihat sebelah depan pula..!!

pic 2

 Mata terus terpandang ” COMOT ” dalam kotak empat segi putih. Adusss… Pada mulanya, fikir pedulikan saja..lagi pun duacongkak sudah ada duit error seperti ini dalam simpanan. Pejamkan mata dan buat belanja. Hujung bulan cukup apa yang ada…

 

pic 3

 Cuba lihat keratan gambar…betul tak ada comot…!! 

Baru saja mahu masuk dalam dompet…terpandang pula dibahagian kiri duit.

pic 4

Tulisan BANK NEGARA MALAYSIA selari dengan garisan pemisah seperti yang pernah duacongkak terbitkan sebelum ini. Kalau sesiapa ingat Prefix NA 81xxxxx. atau klik pada bahagian tags sebelah kanan RM50. Mesti jumpa.

Bagi siri ini pula Prefixnya SA 1561893. Bila jumpa saja terpaksalah duacongkak simpan, memandangkan jenis ini amat sukar ditemui. Biar berpuluh, beratus malah beribu keping sekalipun duit RM50 berada ditangan, belum pasti boleh jumpa sekeping notes yang RARE begini.

 

resit 1

 ini adalah resit pertama yang mendapat RM50 RARE. Keluarkan RM50 baki RM101.54c

Tarikh pengeluaran 20/06/2010 jam 8.29 AM

Cucuk sekali lagi untuk dapatkan duit belanja…apa yang terjadi…???

Lihat sambungannya…Prefix ZD.

dush3x..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s