Duacongkak // Blurguyz79

Tanda persahabatan…

Tajuk yang digunakan diatas sebagai tanda persahabatan dan kerjasama yang baik dalam perkongsian info berkaitan hobi. Rugi pula persahabatan ini tidak diketengahkan dan sama sama berkongsi dengan rakan rakan lain.

Ramai yang masih mengingati koleksi Duacongkak diawal pembuatan blog ini. Duit 50 sen warna kekuningan yang satu ketika mendapat perhatian para koleksi. Hingga kini pun masih ada yang melayarinya.

Kali ini Duacongkak terbitkan sekali lagi koleksi 50 sen kekuningan dalam blog dengan kerjasama Blurguyz79 yang sudi untuk gandingkan koleksinya. Memang menarik sekali kerana koleksi kami berdua tiada dalam senarai pengeluaran. Samada edisi khusus sebagai peringatan mahupun edisi biasa yang diguna pakai secara harian.

Mari kita lihat sama sama.

coin kuning

 Bahagian atas adalah syiling DS1 keluaran Tahun 1967 milik Blurguyz79. Lihat sebelah kiri, coin biasa yang digunakan secara meluas dan dikeluarkan untuk penggunaan dengan nilai yang tertera. Disebelah kanan pula coin yang sama dan cetakan Tahun juga sama. Yang menjadi tanda tanya adalah, kenapa warnanya kekuningan. Jika di ikutkan coin jenis ini tiada dalam pasaran mahu pun di keluarkan oleh mana mana pihak kecuali…??

Seterusnya dibahagian bawah pula adalah coin Malaysia milik Duacongkak yang juga warna kekuningan. (sudah terbit). Bahagian tengah dan kanan pula dua jenis coin yang sama dari segi bentuk dan juga Tahun pengeluaran iaitu 1967 dengan nilai 50 sen. Coin paling kanan juga berwarna kekuningan…Setelah disemak pada mana mana sumber didapati coin warna kuning keemasan itu tiada dalam carta pengeluaran…Pelik kan…!!

bah. ke 2

 Lihat pula bahagian satu lagi…kedudukan masih sama dan Duacongkak tidak dapat beri keterangan kerana tiada sumber untuk dijelaskan. (harap maaf)

Apa yang boleh diberitahu hanyalah, coin keluaran Singapura adalah milik Blurguyz79 dan coin 50 sen milik Duacongkak. Sengaja combine untuk tatapan semua.

 

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s