RM10 warna merah…!!

Hahaha…Duacongkak buta warna ka…? Selama ini note RM10 warna apa…?

Tu dia..pasti kedengaran suara suara perbincangan mulut kemulut tanpa kedengaran di telinga Duacongkak.

PELIK BIN AJAIB.

Note Rm 10 warna merah. Tanya pada budak sekolah pun mereka akan beri jawapan bahawa note RM10 sememangnya warna merah. Bukan biru atau hijau. Bukan kuning atau ungu. Bukan hitam mahupun jingga.

Jawapannya tetap merah…Mari kita boikot saja Blog Duacongkak.

Hehehe…

Jangan boikot…mari kita tengok dulu apa yang dikatakan note RM10 warna merah.

Sebelum itu biar Duacongkak beri penerangan dulu tentang duit kertas RM10. Hampir keseluruhan duit RM10 adalah warna merah seperti yang kita lihat setiap hari. Tapi sedarkah kita bahawa terdapat juga bahagian yang berwarna putih…? Cuba ambil note RM10 dan lihat sendiri, terdapat juga bahagian yang berwarna putih. 

duit contoh ini pinjam dari keluaran yang akan datang.

Betul tak…?

Lihat pula note RM10 dalam simpanan Duacongkak ini…

pic 1

 Cuba lihat bahagian yang sepatutnya warna putih tapi kelihatan kemerah merahan.

keratan pic 1

 Lihat dengan lebih dekat keratan Pic 1. Tanda nilai 10 (Terbalik) berwarna merah dimana yang selalu kita lihat hanyalah bayangan saja.

pic 2

 Ini bahagian depan duit kertas RM10. Keseluruhan duit ini adalah warna merah.

keratan pic 2

 Bahagian keratan pic 2. Mungkin anda boleh lihat dengan jelas nombor 10 pada anak panah.

Desas desus kedengaran sayup sayup menyatakan duit kertas ini telah di spray dengan cat warna merah oleh Duacongkak untuk menipu semua orang…

Panggil semua AHLI KIMIA…PAKAR FORENSIK…JURU CAT…TAUKEH CAT-CAT… suruh mereka periksa dengan kepakaran masing masing…adakah note ini kena spray dengan cat…??

Blurguyz79 terlebih dulu periksa dibawah sinaran cahaya ungu. Garis garis cahaya pada muka kertas tidak terpadam oleh sebarang semburan dan masih tetap kelihatan sebagai mana yang kita lihat pada duit biasa. Menurut kata sifu Guyz79, warna merah ini mungkin berlaku semasa kerja percetakan dan penukaran ink.

Bab ini Duacongkak tiada kepakarannya…bagi Duacongkak hanyalah pandai dan bukan pakar dalam mencari keunikan duit yang ada untuk dijadikan koleksi. Cukup menarik dan terasa unik serta puas sekiranya ramai lagi kolektor yang mempunyai duit duit cacat semulajadi….

TQ Guyz79 yang turut sama beri info…Bukan hanya untuk Duacongkak…tapi kita juga boleh kongsi bersama sama dengan pengumpul lain. SALAM SEMUA BLOGERS…!!!

 

8 Comments

  1. Aku pun ader sekeping. Duit rm10 kaler 75% kaler merah (error printing- sebelah saja) Menampakkan wajah Agong dengan jalas dan ketara.
    Dh lama aku simpan >8 tahun. Boleh tgk kat fb aku, sila add “cat fayrol”. Tq.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s