OLE…ole..ole..ole…OLE..OLE..

Salam semua kepada pengunjung pengunjung blog Duacongkak. Jutaan terima kasih diucapkan kerana tanpa rasa jemu, anda terus saja melawat blog yang kurang berkualiti ini. Infonya juga kurang menyerlah yang boleh memberi sebarang manfaat atau maklumat untuk di guna pakai sebagai kolektor.

Duacongkak mula diperkenalkan pada bulan Februari 2010, dan mula mendapat sedikit perhatian dari bloger bloger lain yang lebih lama berada dalam Sesawang. Terima kasih bebanyak kerana kehadiran tuan tuan dan puan puan sedikit sebanyak ada yang memberi komen, info dan juga tunjuk ajar selain dari Duacongkak sendiri mencari maklumat maklumat dari rakan blog terutama bagi yang sudah ada link…

TERIMA KASIH SEMUANYA…!!!

Mai la pakat tenguk koleksi Duacongkak ni…

Apa ke benda nya tajuk diatas tu…hehe,

OLE…ole..ole..ole…OLE..OLE..

BRRRRRRR….!!

Rasanya ramai yang sudah tahu atau faham apa yang dimaksudkan….

France 98

 

France 98

Dua biji botol Coca Cola keluaran khas sempena World Cup ’98 Perancis. Botol sebelah kiri tertera bendera Germany dan disebelah kanan pula tertera bendera Brazil. Dalam pengetahuan Duacongkak, terdapat juga botol coce dengan gambar bendera England dan juga Perancis. Lain lain negara tidak pasti kerana menurut cerita dari tuan yang asal, keluarannya hanya empat saja….Tapi kalau mahu tahu yang lebih tepat kena tanya mereka yang betul betul koleksi tegar Coce…

Botol dengan isian 237 mL berasal dari Mexico khusus untuk F&N COCA COLA PTE LTD.  Singapore 1997.

Sorry…Botol ini sudah tidak berisi lagi.

Keratan isi padu

trademark

Dua keratan sebagai tanda pengenalan.

Gambar atas pula adalah bentuk bahagian jenama dan juga bahagian bendera Negara.

Ini adalah penutup botol….nya.

Minta tolong Mr. ayer Lemanet…Mr Spallan, Mr Blurguyz79 and sesiapa lagi yang tahu… Sebelum orang lain tanya biar Duacongkak kemukakan soalan dulu.

Mengapa pada bahagian penutup tertera Tahun 1996, pada botol>> Tahun 1997 dan Temasya Ulung lagi Terhebat World Cup Tahun 1998 ??.

Pening…Pening…!!

OLE…ole..ole..ole…OLE..OLE…

BRRRRRRR…!!

2 Comments

  1. amboi…botol dah naik yer,hehehe.cerita pasal keluaran botol ni setakat yang aku tau cuma ada 4 botol.negara france,german,italy dan brazil…england takde kot.utk edisi ni mmg ada yg botol kosong dan full botol.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s