Si Hitam…1957

 

Apa pulak ni…si hitam 1957…??

Ada ada saja Duacongkak hendak promosi blog dia..hehe…!!

Kepada sesiapa yang berminat untuk melawat blog Duacongkak ini, berbanyak banyak terima kasih diucapkan kerana, dengan ramainya pelawat maka Duacongkak tidak akan jemu mengeluarkan koleksi yang ada dalam simpanan samada diantaranya banyak terdapat diluar sana ataupun sukar untuk ditemui…Mungkin ada diantara yang Duacongkak sisipkan dalam blog ini tidak pernah dilihat orang atau pun tahu tapi tidak pernah jumpa.

Umpamanya ” Si Hitam 1957 ” ini…bagi sesiapa yang pernah melihat, memiliki, menyimpan, ada sedara mara atau sahabat handai sembunyikan, atau pernah mendengar ceritanya….jemputlah sama sama berkongsi pendapat ataupun pandangan. Ini kerana Si Hitam 1957 ini Duacongkak sendiri tidak tahu sejarahnya dengan tepat lagi sahih.

Menurut yang empunya diri setelah Si Hitam 1957 berpindah tangan, asal Si Hitam 1957 datang dari Kalimantan bersama dengan Si Biru 1957 . Dia banyak digunakan di dua bahagian termasuk Borneo pada ketika itu…

Untuk kepastian, Duacongkak cuba mendapatkan maklumat dari mulut ke mulut rakan rakan yang berasal dari Sabah dan Sarawak…Ada diantaranya menyatakan Si Hitam dan Si Biru 1957 pernah ada disana dan hanya terdapat di bahagian bersempadan dengan Kalimantan. Sebaik saja habis mendengar cerita dari mulut ke mulut, Duacongkak terus keluarkan dan tunjukkan kepada mereka. Apa lagi, masing masing membelek, barulah mulut ke mulut mengaku yang mereka belum pernah jumpa atau pun melihatnya…Apa pula maksud mulut ke mulut ni. (Sebelum ditunjukkan bukan main rancak bercerita, tapi bila sudah tunjuk..mengaku belum pernah lihat pulak.!!.) Ada juga diantara mulut ke mulut ini mengaku lebih awal yang mereka tidak pernah dengar atau pun melihatnya. Maka nya…Duacongkak sudah mula tidak sedap hati…Sebab…!!!

Si Hitam 1957 ini nampak sangat macam kertas Fotostat…Tapi…

Si Hitam 1957

Mari Kita Lihat Sama sama…

DUIT KERBAU WARNA HITAM DENGAN NILAI ONE DOLLAR

Di cetak oleh Thomas De La Rue dan dikeluarkan pada 1st March 1957. Board of Commissioners of Currency Malaya and British Borneo.

Anak panah ‘a’: Bahagian dimana terdapat Kalimah Allah

Anak panah ‘b’: Bayangan wajah harimau

Anak panah ‘c’ atas-kanan: Bahagian terdapat tulisan jawi ( tidak dapat dibaca)

Anak panah ‘c’ kiri: Benang keselamatan warna kemerahan

Anak panah ‘d’: Siri nombor pada duit ini Prefix A/78  568074

bah sebelah

 Anak panah menunjukkan bayangan kepala harimau dan benang keselamatan.

Ukuran diantara Si Hitam dengan Si Biru agak berlainan dimana Si Hitam lebih kecil sedikit. Satu perkara lagi Si Hitam TIDAK boleh melengkong seperti Si Biru, bila diletakkan diatas tapak tangan…

 

Advertisements

11 Comments

  1. tu boleh jdi bapak duit …sama spti yg sukarno tu…
    sbb prefix wang sukarno adalah BK.
    sape2 yg ada wang sukarno, org tu kayo…(BK=bapak kaya).
    so lepas ni…bekok jom kumpul wang spt nih…rare n rega lambung tinggi nnti.

  2. Nak kenal duit soekarno bagaimana? Sebab terdapat 2 jenis wang tersebut digunakan. Pertama dah diisi energi untuk para raja-raja dan kedua pula untuk urusan jual beli pada zaman itu. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s