Siapa pernah jumpa…!!

Duacongkak pernah…!!! Siapa lagi yang pernah…?

Memperkenalkan apa yang ada dalam simpanan Duacongkak kepada semua yang melawat blog ini. Tujuan dikirim dalam blog ini adalah kerana mahu berkongsi dengan rakan rakan blog lain berkaitan Banknote.

Ada yang kita pernah tengok atau pun jumpa dan ada yang tidak pernah lihat atau pun dengar ceritanya. Malah Duacongkak juga tidak pasti ketulinannya sebab…bila disemak dalam katalog yang ada, tidak pula diterangkan tentang apa yang hendak Duacongkak tunjukkan ini.

Sekeping note BOARD OF COMMISSIONERS OF CURRENCY MALAYA AND BRITISH BORNEO warna biru dengan nilai one dollar.

Kepada sesiapa yang tahu dan sudi untuk menjelaskannya…dipersilakan, sebab…Duacongkak tidak tahu malah tiada sebarang sumber untuk dijelaskan. Nanti tersalah memberi penjelasan boleh membawa padah.

Lihat gambar:-

“Duit Borneo”

 Mohon untuk memberi ulasan sedikit berpandukan anak panah supaya mudah rakan rakan blog atau sesiapa saja yang melawat…faham.

Anak panah ‘a’: Terdapat di empat penjuru note ini…di sini terletaknya Kalimah Allah

Anak panah ‘b’: Tertera dengan ayat KUN FA YA KUN.

Anak panah ‘c’: Bayangan kepala harimau seperti mana duit MALAYA

Anak panah ‘d’: Benang keselamatan yang terdapat pada duit kertas..

(Ciri ciri ‘a’>>>’d’ duit ini sama dengan duit Soekarno 1964 )

Bentuk duit ini pula sama seperti ‘Duit Kerbau’ yang biasa kita lihat tetapi anihnya, warna pada duit Borneo ini…BIRU. Terdapat juga siri nombor Prefix A/78   568301 serta Tahun dikeluarkan iaitu 1st March 1957 dan dicetak oleh Thomas De La Rue & CO. Ltd.

Macam tak logik…je…

Ini pula bahagian satu lagi:

Bah ke2

 Bahagian sebelah pula juga berwarna biru dan kelihatan bentuk bayangan kepala Harimau juga benang keselamatan dibahagian tengah duit ini.

Itu saja yang dapat Duacongkak perkenalkan…Apakah duit ini benar benar ada dalam pasaran suatu ketika dulu…maaf lerr..tak tahu…wey.

Advertisements

11 Comments

  1. Howdy! I know this is somewhat off topic but I was wondering if
    you knew where I could get a captcha plugin for my comment form?

    I’m using the same blog platform as yours and I’m having difficulty finding one?
    Thanks a lot!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s