“Duit Soekarno ‘EMAS’ Rp10000 1964”

 

Duit Soekarno Rp10000 siri III 1964

Yang ini lagi satu duit Soekarno Rp10000 1964 yang ke III. Kali ini warna dia nampak lain pula. Warna kuning keemasan…Tiada rujukan untuk diperjelaskn melainkan apa yang dilihat dengan mata sahaja dapat diterangkan.

Cerita dari mulut ke mulut kekadang tidak boleh percaya melainkan ada sumber yang sahih untuk kita buat panduan. Siapa yang pernah tengok atau tahu serba sedikit asal usul duit Rp10000 1964 kuning keemasan bolehlah berkongsi maklumat bersama. Mengikut cerita dari mulut kemulut, duit Soekarno ini susah juga nak dapat…tapi, jika  dibandingkan dengan duit Soekarno warna hijau (lihat keluaran berikutnya), yang kuning keemasan masih boleh dicari.

“Duit Soekarno ke III”

 Keadaan duit kertas ini nampak jelas kesan lipatan. Sebenarnya kesan itu berpunca dari pelastik bungkusan. Semasa aku mula simpan dulu telah tertindih dengan benda yang berat. Bila lama tak di ambil dan dibiarkan saja…rupanya tanpa disangka pelastik tersebut berkedut (Terlipat) dan memberi kesan pada duit kertas ini. Mula mula terima duit ini masih dalam keadaan cantik dan tidak berlipat.

Sedikit maklumat berkaitan duit Soekarno Rp10000 1964 kuning keemasan siri ke III.

1) Setiap penjuru terdapat Kalimah Allah…begitu juga dibahagian songkok.

2) Tiga bentuk kepala (tidak pasti) bertanduk di bahagian tengah duit atau ditepi pipi Presiden. (Boleh dilihat dengan mata kasar)

3) Terdapat huruf besar ‘SKR’ di bahagian tengah duit selari dengan benang keselamatan halus berwarna merah.

4) Dalam bulatan terdapat bayangan wajah Presiden Soekarno. Berbeza dengan siri lain, dalam bulatan itu melambangkan kepala (tidak pasti) bertanduk.

5) Warna kuning keemasannya berkilat dan boleh juga kaburkan gambar. Bab ini aku tak pandai nak huraikan sebab dia boleh berubah keadaan. (Kabur dan Jelas)

“Bah. Belakang”

1) Bahagian belakang duit ini terdapat Nombor siri: SKR 333952.  Menurut dari kata mulut ke mulut SKR ini berarti Soekarno.

2) Dibahagian tengahnya pula terdapat 4 lelaki berserban dan berjanggut sedang menyusun tapak tangan seperti bersembah. (Jika duit dilihat secara sendeng)

3) Bulatan tengah sebelah kiri terdapat gambar bayangan Soekarno.

Itu saja maklumat yang dapat aku perjelaskan setelah melihat dengan mata kasar bersama bantuan dari lampu utra ungu.

Peringatan: Untuk makluman tuan tuan dan puan puan, adik, abang, kakak dan kepada semua yang melawat blog ini…siri diletakkan itu bukanlah siri keluaran duit yang sebenarnya. Aku sendiri tidak pasti mana satu siri yang terlebih dulu keluar dipasaran pada Tahun 1964. Tiada sumber dari mulut ke mulut sampai pada aku. Jadi, untuk mudah membezakan rupa bentuk duit ini, aku letak sendiri sirinya.

Peringatan kedua: (Tidak pasti) bermaksud tidak mengenali samada bentuk kepala bertanduk itu lembu, sapi, kerbau atau pun seladang.

Lihat siri berikutnya (Ke IV)

 

5 Comments

  1. macam macam siri duit Indonesia nih, xpe.. 2congkak kumpul banyak2 dulu… bukan apa, sebab Indonesia ni terdapat beribu pulau, jadi ada tempat yng guna matawang kertas, ada yang guna sistem batter.. ada yang guna duit lama yg dh hbs siri.. ni citer daripada mmber yang penah melawat sana. satu lagi, cm kat Jakarta ke, Medan or Padang sekalipun, duit Malaysia, Singpore tetap diterima,.. peniaga terima . KENAPA? sebab duit Indonesia ni kejap naik, kejap turun nilai..jadi bila turun nilai, baru geng2 peniaga nih tukar duit kita kat bank…dapatlah banyak sikit..(lebihan nilai rupiah)…

    sekian, pendapat seposen..

  2. Dari sumber KOMPILASI NUMISMATIKA INDONESIA :

    Seri Soekarno 1960 sangat banyak dibuat versi koleksi fantasi yang bukan uang .
    Terutama nominal 1000, 5000, 2500 dan 100 . Bahkan ada juga yang 10.000 fiktif .
    Dengan motif dan warna beragam, jumlah penari yang bervariasi, tanda air kadang huruf Arab yang terlalu
    jelas bayangannya, nomor seri yang unik, tahun emisi yang beragam
    ( umumnya 1964 ), gambar yang kabur, sering tercantum tulisan ‘FRANCE’ dan sebagainya .
    Dan satu ciri khas umum adalah bahan semacam kertas minyak yang digunakan akan ‘menggulung’ bila
    diletakkan di atas telapak tangan ( kontak dengan suhu tubuh yang lebih hangat ) , ini bukanlah uang kertas
    lama yang pernah dicetak oleh Bank Indonesia, tetapi hanya benda yang mirip uang sehingga disebut saja
    ‘uang fantasi’ . Dikatakan souvenir juga agak rancu karena tidak diketahui souvenir dari mana ?
    Adalah merupakan hak bebas dari setiap orang untuk mengoleksinya / mensakralkannya atau tidak .
    Tetapi tidaklah tepat untuk mengkategorikan jenis ini sebagai salah satu dari uang kertas Seri Soekarno atau
    uang kertas jenis unissued (tidak diedarkan) yang pernah dikeluarkan oleh Republik Indonesia atau oleh Bank
    Indonesia, satu-satunya lembaga yang berwenang mengeluarkan alat pembayaran yang resmi (legal tender)

    boleh download pdf ni .. free je amek kat .. http://www.4shared.com/file/130511192/a60edc84/KOMPILASI_NUMISMATIKA_.html

    • Terima kasih Bonden kerana beri info yang panjang lebar, setidaknya dapat berkongsi info yg sebenar buat saya dan pembaca lainnya.
      Empat seri Soekarno ini kesemuanya bisa bergulung bila diletakkan ditelapak tangan.
      Untuk kategorikan uang ini saya tak bisa kerna tiada rujukan.

      Terima kasih sekali lagi kerna sudi perjelaskan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s