“Duit Soekarno”

 

DUIT SOEKARNO SIRI KE IV 1964 (HIJAU)

Mungkin anda saudara saudari semua rasa tidak puas hati bila melihat “duit Soekarno ini…Sebabnya…

Mungkin juga ada diantara saudara saudari pernah melihat atau memegang atau mendengar khabar khabar orang atau mengetahui kisahnya atau pernah terjumpa atau pernah memiliki atau masih ada dalam simpanan atau tidak pernah langsung mengetahui akan keujudannya atau tidak mahu ambil tahu atau saja tak mahu upload…KEDALAM BLOG.

Berapa punya banyak atau da…

hehehe…

Mari kita lihat dan renungkannya…Benarkah duit Soekarno ini ada..??? Apa pulak  ni… kalau tak ada macam mana dalam blog ini boleh terkeluar pulak…???

JENG…JE…JENGGGGGG….!!

“Soekarno IV”

 TU DIAAAA….Dah nampak Dah…Duit Soekano siri ke IV 1964 berwarna hijau. Menurut cerita mulut ke mulut, duit siri ini paling sukar ditemui. Entah kenapa aku sendiri tidak tahu sebab mulut ke mulut tidak mahu cerita sampai habis. Kata mulut ke mulut duit Rp10000 siri ke IV 1964 ada yang tidak pernah tengok malah ada pula yang tidak pernah tahu keujudannya. Yang biasa dilihat hanyalah note Rp10000 siri pertama 1964 berwarna kemerah merahan. (Bagi mereka yang biasa tengok…) Nak kata merah pun tidak boleh sebab warnanya bukan merah menyala.

Nak tahu serba sedikit perihal duit ini….Aku cuma dapat memperjelaskan serba ringkas je.. sebab mulut ke mulut pun cerita tak habis.

Sememangnya semua sudah sedia maklum setelah melihat dan membaca penerangan dari sahabat kita SeriMalam yang juga ada note Soekarno dan siap demo lagi…tapi duit dia Rp1000 kemerahan, yang ini pula Rp10000. Duit Soekarno Rp10000 siri ke IV 1964 ini tidak mempunyai Kalimah Allah disetiap penjuru seperti yang ada pada siri siri lain. Dia cuma ada di bahagian songkok saja setelah melihat melalui cahaya utra ungu. Perkataan KUN FA YA KUN pun tiada tapi…Tertera Surah Al Ikhlas pada perkataan INDONESIA. Satu satunya siri duit Soekarno yang ada surah Al Ikhlas. Selain itu, duit ini juga ada benang keselamatan dibahagian tengah. Hehe…rasanya siapakah orang yang pertama akan bernasib baik dapat memegang dan melihatnya..

 Lain lain perbezaan lagi, kertasnya agak tebal sedikit dan lebih keras dari duit lain yang sama dengannya. Seolah olah terlebih ink…

“Bah belakang”

 Ini pula bahagian belakang duit kertas Rp10000 siri ke IV 1964 dengan siri nombor BK744521. (Menurut kata dari mulut ke mulut..BK bermaksud..BAPAK KARNO) Betul ke tak betul…aku tidak tahu, Wallahuaklam. 

 Semua ingin tahu apakah duit ini boleh melengkung juga seperti serimalam buat..? Ya… Dia akan melengkung tapi agak perlahan dan tidak dapat melengkung sama seperti duit SeriMalam. Mungkin disebabkan oleh ketebalan kertas.

Satu perkara lagi kemungkinan duit ini…PALSU…(Buatan orang untuk mencari makan.) Apapun aku dapatkan juga duit ini sebab tidak tahu sejarah sebenar bekaitan duit Soekarno. Dan lagi cerita mulut ke mulut menyatakan duit siri ke IV 1964 ini sukar untuk diperolehi lagi…

Semoga semua yang melawat akan berpuas hati setelah melihat duit Soekarano siri ke IV 1964 Hijau ini…TQDC

 

6 Comments

  1. rasa x palsu, sebab penah baca kisah nih dh… duit siri nih buat dari pokok apatah nama…eden lupo.. haa…bila kena haba sikit terus dia melengkung… pup terlipat… cm yg duit merah tuh

  2. sab pula x prnh dgr duit sukarno hijau…merah jer…
    cume prnh nmpk duit kerbau hijau n hitam ada lah…tpi tu dri malaysia.
    hehehe….
    wah bekok dtg melawat awal pagi sungguh ya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s