Cerita Rakyat…

Tenguk pada tajuk diatas sepertinya tentu mengaitkan cerita kanak kanak, atau pun cerita orang orang tua kepada anak anak. Kalau mahu Duacongkak yang ceritakan… minta maaf ler…Tak pandai nak cerita pun…Silap haribulan cerita merapu pulak yang disebarkan…jangan cari pasal.

Bila mahu cerita bab ” Cerita Rakyat ” ni, kita mesti sekurang kurangnya mengenali siapa pemegang watak utama ( HERO ), siapa pula watak Heroin, ( Bukan Dadah…K ). Ada Hero mesti ada musuh dia…mesti nak kenal juga. Jadi, kalau semua sudah tidak tahu maka jangan nak pandai pandai mereka cipta kepada orang lain. Lebih baik tunjukkan saja dan sesiapa yang melihatnya pasti dapat memahami apakah mesej yang hendak disampaikan dan kemungkinan juga ada diantara anda memahami ” Cerita Rakyat” ini.

  Lihat pada Lembaran Setem ini, kita dapati ada satu kisah yang menarik sekiranya faham…Tapi apa boleh buat, Cerita Rakyat ini muncul di Indonesia dan bukannya di Malaysia. Sudah pasti kita tidak faham dan mengetahui mesej dan jalan ceritanya. Apa lagi dengan watak watak yang ada, malah kita juga tidak tahu tajuk sebenar cerita Rakyat ini. Bagi mereka yang tahu boleh cerita pada anak anak mereka atau pun kepada kawan kawan yang melihatnya. Best kan…!!!

   Cerita Rakyat

Dalam satu lembaran setem ini terdapat 20 keping setem kesemuanya dengan nilai setiap satu Rp500. Ianya dibuat dalam bentuk komik bisu dan setiap keping mempunyai cerita tersendiri yang bersambung sambung. Rasanya Pos Malaysia sendiri belum pernah keluarkan setem begini untuk koleksi.

Apa lagi Pos Malaysia…Lepas ni cuba buat cerita Batu Belah Batu Bertangkup…atau, Bawang Putih Bawang Merah…atau, Puteri Ledang…atau, banyak lagi cerita rakyat yang kita ada untuk diabadikan dalam bentuk setem…Cadang jer…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s