Yahoo…Selesai Sudah Penantian…

 

Apa yang membuatkan Duacongkak rasa begitu gembira sekali pada tarikh 23/04/2010, bila mana penantian yang ditunggu tunggu akhirnya tiba juga…

Apa yang gembira sangat tu…???

Lihat sendiri…

 

siri YZ

Siri YZ xxxxxxx menandakan susunan huruf pada setiap edisi duit RM 1 bermula dengan F/Prefix AA sudah berakhir dan disambung pula dengan Prefix ZG hingga ZV. Ini kerana Duit Kertas Malaysia yang bersiri ZA, ZB, ZC, ZD, ZE dan terakhir sekali ZW adalah duit Replacement…ZF tidak pasti…begitu juga ZX, ZY dan ZZ sebab belum jumpa.

Cuba lihat lagi…

Siri ” Z “

Susunan pertama ini bermula dengan ZG dan diikuti ZG, ZH, ZJ dan ZK. Mengapa susunan ZG ada dua..? Sebenarnya ZG paling atas memiliki siri nombor yang menarik kerana hanya mempunyai dua angka saja, 4 dan 7. Angka ” 0 “…kosong tiada bilangan. Nombornya ZG 4700007 JAMES BOND. hehe… ( macam prof007 juga..hehe )

SETERUSNYA…

Siri ” Z “

Siri ” Z “ berikutnya adalah ZL, ZM, ZN, ZP dan ZQ. Untuk makluman semua pembaca, siri ZQ 0955162 adalah yang paling akhir ditemui dan yang terakhir dinanti nantikan untuk melengkapkan koleksi…iaitu pada 23/04/2010. Sayang sekali semua siri yang ditemui agak kurang baik keadaannya. ( FINE ).

LIHAT LAGI….

Siri ” Z “

Dan seterusnya susunan ZR, ZS, ZT, ZU dan ZV… Maka cukuplah kesemuanya siri Prefix ZG hingga ZV yang dinanti nantikan. Puas juga nak kumpul kesemua keluaran ini dan letih mengira serta membelek belek satu persatu setiap kali dapat tukaran. Disebabkan mahu dapat susunan yang cukup, sanggup pecahkan note besar setiap kali membeli barang. Berbaloi juga rasanya bila semua sudah cukup. Hanya menantikan siri ZX, ZY dan ZZ kalau ada…SEBAB…!!!

Siri AAA

……Sekarang note kertas RM 1 Bank Negara Malaysia sudah keluarkan siri ” AAA “ tiga abjad. Seterusnya AAB, AAC, dan lain lain…mungkin akan sampai siri AAZ. Penat lagi nak cari…Yang paling utama sekali nak cari ” ZAA “. Beruntung kepada mereka yang sudah memilikinya…

Terima kasih semua kerana sudi membaca dan melihat blog Duacongkak ini…begitu panjang sekali ceritanya. Tiada yang menarik pun…BETUL TAK…??? TQDC

 

12 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s