Notes RM 50 RARE

Hairan betul…Begitu banyak duit RARE, ERROR, CACAT, COMOT dan macam macam lagi. Nak tahu kenapa…?

Sebelum Duacongkak mengenali BLOG dalam internet, terlebih dulu Duacongkak berminat dengan duit duit yang ada kecacatan. Waktu itu Duacongkak belum mengenali erti duit Replacement, duit RadaR. Bila sudah baca dalam blog berkenaan dengan duit Replacement/gantian, RadaR, F/Prefix, Prefix, L/Prefix maka timbul minat untuk mendapatkannya. Duacongkak pun bongkar album duit dapati sedikit sebanyak duit tersebut telah sedia ada dalam simpanan dan hanya perlu ditambah lagi. ( Rujuk semula pada duit Replacement yang sudah disiarkan ). Duit “Prefix” belum dikeluarkan lagi tapi sekeping dua sudah terkeluar kalau sesiapa yang perasan.

Seterusnya duacongkak mahu sisipkan notes RM 50 RARE ini untuk sama sama kita berkongsi maklumat.

muka depan

muka belakang

Apa yang menyebabkan Notes ini dikatakan RARE…? Sesiapa yang bagi jawapan anak panah biru menyebabkan duit itu RARE, jawapannya adalah SALAH. Anak panah itu Duacongkak sendiri yang masukkan./ Cuba ambil Notes RM 50 masing masing seberapa banyak yang ada dan letakkan berdekatan dengan Notes ini, serta lihat pada bahagian anak panah iaitu perkataan BANK NEGARA MALAYSIA. Perasan tak?? Belum lagi…

Sebenarnya perkatan BNM itu sebaris dengan line pemisah dibahagian tengah Notes tersebut. Perhatikan notes ditangan anda dan pastikan dimana terletaknya perkataan BNM yang sebenar..kalau sesiapa jumpa sama seperti ini bolehlah sisipkan dalam blog masing masing untuk jadikan tatapan kepada Link anda. Kita sama sama berkogsi maklumat ini. Dan…Lihat pula perkataan LIMA PULUH RINGGIT disebelah kanan, ianya terlalu ke tepi hingga hampir kebahagian bibir kertas. Bahagian muka belakang tiada kecacatan cuma sekadar bukti pada S/No. saja. ( PERINGATAN : JANGAN SESIAPA BACA SIRI NA 81xxxxx NABI”.) DUACONGKAK TIDAK MAHU BERTANGGUNG JAWAB. Itu saja maklumat yang dapat Duacongkak berikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s