“missing”

Nampaknya semakin banyak dikeluarkan duit duit yang berkaitan dengan RARE, ERROR/CACAT, RadaR dalam blog ini. Pasti ramai yang musykil akan kebenarannya… Jadi, untuk makluman tuan tuan, puan puan, adik, abang, kakak. Duacongkak telah mencari dan mengumpul duit duit begini sudah hampir 10 tahun dan ada diantaranya sudah terpakai kerana…TST. (Tau Sama Tau…ekonomi tengah gawat) Kebanyakannya note besar RM 50 dan 100 siri 8, 10 dan 11. Dan note yang paling disayangi dalam milik duacongkak tapi sudah terlepas adalah RM20 siri yang ke 5 (Error) dan RM 50 siri ke 10 dengan cop pengesahan dari BNM dibahagian tengah muka depan. ( Tanda pengesahan duit bukan palsu agaknya) kerana note tersebut ada kecacatan warna dan kualiti kertas..

Kenapa duacongkak beri huraian ini…? Sebabnya masih terdapat duit yang berkaitan dengan kecacatan akan disisipkan lagi. Duacongkak mahu tunjukkan pula note RM 10 missing colour yang di katogorikan RARE bagi duacongkak.

muka belakang

Cuba tuan tuan lihat dimanakah yang dikatakan “missing colour”  Pasti tidak jelas, kerana kelihatan sama saja. Dan cuba lihat gambar kedua keratan yang dilakukan bersama keratan contoh duit lainnya.

contuh keratan

Pada bahagian note bersiri nombor Dh 7643815 landasan keretapinya satu warna. dalam erti kata sebenarnya ” missing colour green and yellow”. Cuba bandingkan contoh keratan sebelahnya. Nampak beza.

Seperkara lagi berkaitan duit ini adalah dibahagian muka depan ada ciri ciri keselamatan yang tidak pernah sesiapa perasan  terutama kepada semua pengguna. Cuba lihat gambar bawah.

muka depan

Dan lihat keratan ini pula.

keratan

Cuba lihat sendiri dengan besarkan pada bahagian anak panah, dalam kotak segitiga, terdapat HURUF ‘ B ‘ besar. Dan dalam kotak segiempat pula terdapat bayangan No ‘ 10 ‘. Selepas itu cuba dapatkan note lain dalam siri 10 dan 11 tanpa silver security . Apakah huruf dan juga nombornya ada?. Dan dapatkan pula notes RM 10 siri ke 8. Ada diantaranya baru kita temui bentuk yang sama. SELAMAT MENCARI, kalau tidak betul harap maaf.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s