duit sukarno 1Rupiah.

** SILA TEKAN ” DUIT SOEKARNO /Rp 10000 “PADA TAGS UNTUK MELIHAT SEMUA SIRI

Banyak orang mencari dan berminat untuk mendapatkan duit keluaran Presiden Indonesia iaitu Sukarno. Terutama bagi duit kertas yang bernilai satu ribu atau sepuloh ribu rupiah. Kata orang duit ini ada keunikan yang tersendiri dimana duacongkak tidak pasti kebenarannya. Malah duacongkak juga tidak berani nak komen apa apa tentang duit ini, biarlah kepada mereka yang arif saja yang berikan penjelasannya.

Biar pun begitu duacongkak agak bertuah juga kerana dalam koleksi peribadi terdapat sekeping NOTE PRESIDEN SUKARNO YANG ASLI DAN TULIN (original) tapi nilainya satu rupiah je…yang di cetak pada Tahun 1964. Biarpun jauh dengan nilai satu ribu tapi memadailah dengan apa yang ada. Untuk makluman semua pembaca, duacongkak baru saja mendapat duit ini iaitu di penghujung bulan Januari dari seseorang yang tidak perlu diberitahu. Pemberi itu juga dengan ikhlas tanpa ragu ragu menyerahkan duit ini untuk jadikan koleksi duacongkak setelah dia tahu bahawa duacongkak banyak menyimpan duit kertas luar dan juga dalam negara.

Inilah rupa bentuk duit Presiden Sukarno YANG ASLI dengan nilai SATU RUPIAH dan no: siri yang tertera EE 246921. Keadaan duitnya sudah agak kotor dan tidak pasti apa bahan kekotoran tersebut. Tapi orang kata daripada tiada lebih baik ada…dapat juga dilihat dan disimpan sebagai koleksi. TQDC

muka depan dan muka belakang duit

## Kepada semua yang sudah melawat atau sedang melawat atau akan melawat dan membaca kisah “DUIT SUKARNO” mistik ini…janganlah terpedaya…. Tujuan Duacongkak pamirkan adalah kerana mahu jelaskan disini agar semua faham, Duit Sukarno yang betul betul ORI dalam blog ini hanyalah yang bernilai SATU RUPIAH seperti di atas. Lain lain keluaran sama sekali tidak pasti kesahihan dan ketulinannya. Ini kerana semua siri duit tersebut bermula dengan PREFIX yang sama..BK dan SKR. Silap haribulan ada diantara pengumpul mempunyai siri nombor Prefix yang sama dengan Duacongkak. Tapi, cuba lihat siri Prefix SATU RUPIAH ini…ternyata bukannya PREFIX BK atau SKR. Sebaliknya siri nombor bermula dengan EE diikuti 6 angka…

” Sekadar Pandangan “. TQDC

Selain dari duit Sukarno dalam koleksi duacongkak terdapat juga lima jenis setem beliau. Keluarannya tidak pasti tapi bila disemak dapati banyak jenisnya. Duacongkak hanya ada dua siri iaitu yang pertama keadaan gambar Presiden dari bahagian tepi dengan nilai muka Rp1. Siri berikutnya iaitu muka kehadapan dengan nilai tertera 1Rupiah, ( warna ungu ) seterusnya nilai 1.25Rupiah ( warna oren ), nilai 2Rupiah pula warna hijau dan 3Rupiah warna biru. {Lihat gambar) Masih ada lagi nilai yang semakin besar tapi tiada dalam simpanan duacongkak. TQDC

siri keluaran ini hanya terdapat satu sahaja dalam simpanan duacongkak. Dari siri lain yang tiada dalam simpanan dengan nilai muka 30 sen, 6, 12, 15, 20, 30, 40, 50, 75, 100, 250, dan 500 rp. banyaknya siri yang sama tiada dalam simpanan. TQDC

siri ini pula duacongkak hanya miliki 4 keping saja dan set penuh tidak pasti. kedua-dua set tersebut adalah bergambarkan presiden Sukarno.

** SILA TEKAN ” DUIT SOEKARNO /Rp 10000 “ PADA TAGS UNTUK MELIHAT SEMUA SIRI

 

4 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s