duit cacat

 

Kali ini duacongkak mahu masukkan pula duit kertas Malaysia yang mungkin tersalah cetak/over print/cacat dan terlepas dari QC. Apa pun tidak pasti dimana silapnya, samada ianya berlaku semasa pengeluaran kilang cetakan atau kerosakan disebabkan lain hal. Apa pun dari mana asalnya, duacongkak rasa lebih baik disimpan saja walaupun ianya tetap boleh digunakan dengan nilai yang sama.

Sebagai permulaan duacongkak masukkan duit syiling 10 sen keluaran 2005. Ianya mungkin terlalu RARE/jarang ditemui kerana setiap kali mendapat duit baki pasti duacongkak akan teliti satu persatu bagi mencari kesamaan. Yang pasti hingga kini masih belum ditemui. Mungkin bagi sesiapa yang melihatnya dan miliki kedudukan duit yang sama dengan duacongkak bolelah berikan pandangan atau berkongsi maklumat. Sama samalah kita menyimpannya...

Syiling 10 sen keluaran 2005. Pada mulanya cuba lihat kedudukan muka syiling tersebut, dimana nilai 10 sen adalah sama selari. Selepas itu perhatikan pula gambar kedua dimana perbezaan begitu ketara pada congkak. Salah satu dari syiling tersebut congkaknya dalam kedudukan terbalik. Dan satu lagi kedudukan biasa seperti yang selalu kita perolehi. Dengan sebab itulah maka blog ini dinamakan duacongkak sebagai pengenalan diri…TQ

GAMBAR B, congkak terbalik

Sekeping duit kertas RM1 (QB 1518052) yang ditemui semasa mengira baki belanja. Nampak seperti biasa tapi ada sedikit kemusykilan buat duacongkak. Pada bahagian s/no: duit kertas ini, ( lihat s/no bahagian atas logo BNM) kelihatan no 2 tidak selari dan agak kebawah sedikit. Rasanya duit ini boleh dikatakan RARE agaknya. Ada komen….TQ.

RARE tak?

Kali ini duit dengan nilai RM10 s/no: JE 6348476. Dimuka hadapan duit ini nampak sama tapi ada sedikit kecacatan yang boleh dilihat dengan jelas. Apa lagi kalau dizoomkan… Cuba lihat nilai RM10 dibahagian tengah. Pada bahagian angka ‘ 0 ‘ terdapat lebihan ink dikiri kanan sebelah dalam. Juga perhatikn pada tulisan BANK NEGARA MALAYSIA disebelah tepi, kiri. Diantara ‘K’ dan ‘N’ pada ejaan BANK NEGARA terdapat kesan ‘DOT’ bersambung. Mungkin ini dikira RARE agaknya…TQ.

lihat anak panah

Tidak cukup kalau tidak masukkan sama duit kertas nilai RM 50. Duit ini diperolehi sudah agak lama dan tersimpan dengan baik tanpa ada niat untuk digunakan. Ini kerana duit kertas RM 50 ini betul betul salah cetak dan tidak tahu bagaimana boleh jadi begini.

Bahagian atas tiada apa apa yang cacat tapi bila lihat bahagian bawah terlalu banyak kecacatannya. Perhatikan pada tanda Nilai RM 50 bahagian tengah bawah. Kelihatan seperti ada biasan dari cetakan disebelah dan jelas sekali nampak tulisan RM cetakan terbalik dihadapan ‘O’ Begitu juga dengan tulisan jawi kiri dan kanan duit kertas ini. Disebelah kiri nampak biasan perkataan LIMA terbalik dan sebelah kanan pula bertindih dengan ejaan BANK biasan dari ejaan BANK NEGARA MALAYSIA. Paling ketara sekali iaitu keadaan pelantar minyak yang bertiang dua…warna hijau terlebih dari mana mana duit nilai yang sama. Apa komen boleh diberikan…? TQ.

Lagi note RM 50. Sebenarnya dua keping note RM50 ini adalah running nombor dimana duacongkak keluarkan dari mesin ATM. Tujuan duit ini diambil kerana mahu buat belanja dapur, Kebetulan ada tetamu datang kerumah jadi, terpaksalah pergi pasaraya yang ada mesin ATM dan keluarkan untuk beli barang keperluan.  Selepas dikeluarkan sebanyak RM 100 ( dua keping note 50 ) seperti biasa dua congkak akan belek dulu. Tak sangka pula mata ni terpandang sesuatu kelainan pada salah satu duit tersebut. Garu kepala juga dibuatnya..duit simpanan hanya itu saja yang tinggal untuk beli barang. Nak tak ndak terpaksa berkorban dengan tidak membelanjakan duit tersebut. Mujur duacongkak ada creditcard maka boleh digunakan dulu.

Nak tahu apa kelainannya…Salah satu duit kertas RM50 ini bersiri nombor SL 6315053 ada sedikit kecacatannya. Cuba perhatikan dengan teliti pada bahagian TALI KREN yang panjang. Sebahagian dari TALI KREN tersebut tidak kelihatan dan pudar. Mujur ianya hanyalah gambar…jika tidak sudah pasti TALI KREN tersebut akan jatuh dan menimpa orang yang ada dibawah…hehe…

Bila dilihat TALI KREN pasangannya tidak pula hilang atau pun pudar. Sama saja dengan duit lain yang selalu kita perolehi. TQ.

running number

6 Comments

  1. asalamualaikum 2chongkak,
    saya memiliki duit RM10 disebelah kanan diut tersebut tiada pantulan cahaya (Blank) dan hanya terdapat cetakan 0,nombor 1 tiada,terlalu bernilai duit ini pada saya,ada tawaran rm200,tapi saya tidak menjualnya,apa pendapat 2congkak

    • Waalaikumsalam…az za
      berpandukan kata2 tnpa gmbr mungkin mksud az za kertas timah sebelah kanan tiada…betulkan, sebenarnya duit rm10 tu bukan dari jenis error…kalau ada org nak rm200 lepaskan sj tp kira naya plk pada org tu. SEKIRANYA…sekiranya pada bahagian kosong bekas kertas timah itu terdapat cetakan ori nombor 1 bersebelahan dgn 0…pasti ianya error.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s