Tonik

Gelas Tonik

Sebiji gelas plastik dari Tonic Chop Gajah, diperolehi hasil kunjungan pertama disebuah rumah rakan kolektor barangan antik. Walau pun ianya hanya sebiji gelas plastik namun sudah cukup berpuas hati dengan hasilnya. Sebab sekurang kurangnya dapat tinggalkan kenangan disuatu ketika dulu di era 60an dan awal 70an duacongkak pernah merasainya. Bukan rasa isinya tapi rasa membelinya untuk kegunaan atuk dan nenek. Panggilan biasa digunakan iaitu Tok dan Tokwan.

Gambar atas kita dapat lihat tulisan putih tertera Tonic Chop Gajah sedangkan gambar dibawah pula badan gelas ini hanya kosong tanpa sebarang cop. Sayang sekali ianya hanya sebiji gelas tanpa berpasangan dengan sudunya sekali.

Keratan gambar dibawah menunjukkan bahagian tulisan dengan lebih jelas lagi. Ejaan CHOP dalam tulisan lama sekitar era tahun 60an dan awal 70an dimana, duacongkak masih ingat lagi penggunaannya sewaktu zaman sekolah rendah. Kini ejaannya sudah berubah dengan tiada lagi ‘CH’ cuma yang tinggal hanya pada nama nama tempat yang dikekalkan seperti: Changkat Jering, Changkat Larut, Changkat Larah…dan banyak lagi nama nama tempat lainnya terutama dalam negeri Perak yang menggunakan perkataan Changkat. Sayang sekali duacongkak tidak menyimpan buku buku teks sekolah diera tersebut. Semuanya sudah lenyap dan dimusnahkan oleh keluarga dikampung termasuk buku buku, majalah lama simpanan duacongkak seperti Mastika, Varipop, Variasari, majalah Romantika, gila gila dan bermacam macam lagi. Apa nak buat kan…semasa keluar dari kampung semua buku buku itu tidak dibawa bersama, walau pun disimpan dengan baik tapi tiada yang uruskannya pasti akan dimusnahkan oleh orang lain…

Apa yang melalut sangat tu…

 Apa pun simpannnnn…dulu.

Tabung Fanta

FANTA

   

Ini bukan gelas plastik atau pun bekas minuman tapi adalah sebuah tabung dari jenama Fanta.

 

Bahagian atas dengan lubang untuk pengisian duit syiling dan juga duit kertas. Dalam tabung ini kosong jer…tak masuk duit punnn.

 

Bahagian bawah tabung pula ada penutup lubang untuk dikeluarkan duit syiling dan tidak perlu dipecahkan. Ini dinamakan atas terbuka dan dibawah pula bocor. Tidak guna buat simpanan duit kerana akan tiris dan mudah susut tanpa disedari. Isi banyak mana pun tidak akan penuh.

yang penting…

Apa pun simpannnnn…dulu

Gelas Plastik (Atlanta)

Berikut adalah siri keluaran tajaan bersama Coca Cola dan Mc Donald, penaja rasmi Olimpik Atlanta 1996. Plastic Cup atau cawan plastik menjadi salah satu kenangan buat Sukan Antarabangsa ini.

 

Muka depan dengan Logo rasmi Sukan Olimpik Atlanta 1996 bersama penaja rasmi sukan yang berprestij yang disertai oleh jaguh jaguh seluruh dunia. Hampir keseluruhan cup ini berwarna putih menyebabkan gambar pantul cahaya. Terpaksa gunakan latar belakang yang gelap.

 

Jika gambar diatas kita dapat lihat logo Coca Cola, tapi gambar kedua ini pula kita lihat logo Mc Donald. Terdapat tulisan menegak tapi tidak jelas kerana pantulan cahaya. Dah cuba beberapa kali namun tidak berhasil mendapatkan tulisan itu dengan terang. Harap Maaf.

 

Maskot dengan membuat larian obor terdapat pada cawan plastik sebagai simbol pelancaran sukan olimpik 1996.

Yang penting…COCA COLA…

Apa pun simpannnnn…dulu

Plastic Cup Atlanta 1996

 

Berikut adalah Plastic Cup Atlanta 1996 yang ke 100 dengan memaparkan bendera bendera negara yang pernah mengambil bahagian sebagai penganjur atau tuan rumah dalam temasya sukan Olimpik bermula dari Tahun 1896 di Athens.

 

Sebelum itu cuba lihat dulu logo rasmi Sukan Olimpik yang ke 100 Tahun bersama penaja Coca Cola. Kelihatan bendera Amerika berada dibawahnya . Mari kita lihat bahagian lain yang terdapat pada Plastik Cup ini.

  

Cuba lihat disekeliling cup ini dipenuhi dengan gambar bendera negara negara yang pernah mejadi Tuan Rumah  dalam temasya sukan Olimpik siap dengan tahunnya sekali.

Bermula dengan Athens pada tahun 1896, diikuti Paris pada Tahun 1900 dan 1924. Seterusnya 1904 di St Louis Amerika. Olimpik ke 4 pula pada Tahun 1908 di London selaku tuan rumah. 1912 di Stockholm, 1920 di Antwerp, 1928 di Amsterdam, 1932 di Los Angeles, 1936 Berlin. 1948 kembali semula ke London, seterusnya 1952 di Helsinki, 1956 Melbourne, 1960 di Rome, 1964 Tokyo, 1968 di Mexico, 1972 Munich, 1976 di Montreal, 1980 Moscow, 1984 Los Angeles, 1988 Seoul, Korea. 1992 di Barcelona dan 1996 di Atlanta untuk temasya yang ke 100 Tahun.

 

Bahagian tepi yang tidak boleh ditinggalkan iaitu logo penaja dari Mc Donald’s.

Tulisan tepi yang terdapat di plastic cup ini di tulis dalam bahasa Inggeris.

Yang penting Coca Cola.

Apa pun simpannnnn…dulu.