Gincu bibir Coca Cola

Coca Cola Lips Smacker

13/11/2013. Tarikh dimana aku berada di Taman Sri Gombak, adik lelaki aku pula datang dengan isterinya setelah sekian lama tidak berjumpa kerana beliau berada diluar negara. Dalam pertemuan itu, adik lelaki aku menghulurkan satu beg plastik yang isi didalamnya dua tin Coca Cola bertulisan Arab, satu masih belum diminum dan satu tin lagi kosong kerana sudah habis diminum.

Selain tin Coca Cola Arab terdapat satu barangan Coca Cola yang agak istimewa dan merupakan cenderahati bagi penumpang kapal terbang Qatar, sungguh pun ianya satu cenderahati tapi setiap pelanggannya perlu membeli dengan nilai yang aku tidak ketahui kerana adik lelaki aku merahsiakannya.

Pada barangan tersebut tertera tulisan yang besar LIP SMACKER COCA COLA dimana ianya dibuat di Negara China. Bila sahaja adik lelaki menyatakan yang barang ini khusus untuk abangnya, dengan senyuman lebar aku pun menerima dan terus membelek depan dan belakang serta isi kandungannya. 

20131113_104623 a1

Apa yang dilihat ianya adalah gincu bibir sebanyak enam jenis dari product jenama Coca Cola. Aku sekadar dapat mengambil gambarnya sahaja dan tidak dapat dikeluarkan kerana ianya dibalut plastik dengan kemas sekali. Sayang pula hendak pecahkan plastik tersebut dan apa yang dapat dilihat setiap satu Lip Smacker itu adalah dua dari Coca Cola, satu bentuk jenama Sprite dan tiga lagi dari jenama Fanta. Kesemua Lip Smacker itu dari Amerika Syarikat (Made in USA) cuma bungkusan luarnya sahaja buatan China.

2013-11-13 10.59.51 a1

Kalau mahu dikira barangan ini bukanlah untuk hiasan tapi harus diguna pakai sebagai gincu bibir tapi terasa sayang pula hendak menyuruh isteri atau anak anak memakainya dan terpaksalah dijadikan koleksi kerana sudah tentu sukar untuk perolehi dipasaran luar.

2013-11-13 10.53.29

DSC_0970a

Kepada kawan kawan semua dapat tengok gambar pun dah kira ok kan… Hadiah cenderahati ini memang cantik menarik dan tertarik.

Apa pun aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada adik lelaki aku dan juga isterinya yang sudi hadiahkan kepada aku barangan yang cantik ini. Semoga adik aku yang kini berada di Dhafur Sudan perolehi kesihatan yang baik dan selamat menjalankan tugas sehingga ianya berakhir tidak lama lagi.

Apa pun simpan dulu

Botol kaca

Coca Cola Malaysia Botol Baru

Sekadar perkongsian dengan pembaca, sebenarnya duacongkak bukan seorang kolektor tegar atau memiliki koleksi yang banyak tentang Coca Cola, hanya sedikit sahaja dalam koleksi dan pengumpulan sekadar termampu apa yang ada. Diluar sana ramai yang mempunyai barangan keluaran jenama tersuhur ini samada dari dalam negara atau pun luar negara. Bila melihat koleksi rakan rakan diluar sana terasa diri ini amat kecil sekali malah akur sahaja apa yang mereka ada.

Dalam hati terfikir…# kenapa tidak mula kumpul lebih awal? #

Apa pun semuanya tidak ambil kisah, apa yang ada pun sudah memadai dan bukan mahu bermegah cuma memadai sebagai menanam sedikit minat serta membuang sedikit masa yang terluang. Untuk mengejar seperti apa yang orang lain ada rasanya sudah terlambat, juga memerlukan modal yang besar.

DSC_0620a

Berbalik semula dengan botol Coca Cola yang terbaru ini, selama ini duacongkak hanya melihat botol kaca ini didalam iklan tv dimana penerjun bertali dari tempat yang tinggi menyambar botol kaca Coca Cola dan semasa melantun naik, penerjun tadi menogak airnya. Hanya itu sahaja yang dapat dilihat dan mungkin tidak merasa untuk memiliki botol kaca itu. Entah apa nasib baru baru ini, duacongkak boleh terjumpa disebuah restoran yang menjual air Coca Cola dalam botol kaca, selama ini hanya boleh didapati dalam botol plastik sahaja. Tanpa berlengah terus sahaja bertanyakan pada pekerja direstoran itu samada Coca Cola ini dijual dengan botolnya sekali atau tidak, jawapan yang diterima agak baik bila diberitahu yang ianya dijual tapi kena ada tambahan harga. Apa lagi…terus minta lima botol sebagai permulaan dan bila buka peti sejuk dapati ada lagi botol kaca selain dari Coca Cola iaitu dari jenama Fanta dan juga Sprite botol hijau.

* Boleh lihat seperti dalam gambar bawah.*

DSC_0623a

Botol kaca sudah ditemui dan kini masih menunggu set Coca Cola dalam tin seperti gambar dibawah ini. Baru ditemui tiga siri dari tujuh kesemuanya. Siri tersebut iaitu seperti yang anda lihat #fuyoh, #lenglui dan satu lagi yang sudah ditemui #beb. Masih ada empat siri lagi yang belum kelihatan atau pun mungkin sudah terlepas pandang iaitu #macha, #bestgiler, #syoknya dan #terrornya. Semua ini keluaran untuk peraduan # chup! refresh lah dengan Coca Cola #

DSC_0621a

Gambar bawah adalah dari tiga jenis air minuman dari botol kaca yang terbaru dikeluarkan dalam edaran. Cepat sambarrrrr!

DSC_0624a   DSC_0623a1    DSC_0623a3

Bukan nak menunjuk, cuma syiok tengok

Akhirnya Ku Temui jua.

Hadiah Pinggan Coca Cola

Set pinggan Coca Cola yang diperolehi dari hasil membeli empat botol air semasa promosi sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2012. Semasa bulan puasa tempoh hari, duacongkak cuba mendapatkan set pinggan ini dengan tiga corak yang disediakan sebagai mana diiklankan. Tapi entah apa sebabnya, bagi corak yang ketiga iaitu berbentuk ‘ LOVE ” dengan botol ditengahnya amat sukar ditemui. Habis pasaraya yang hampir dan juga yang agak jauh sikit dengan tempat tinggal diterjah bagi mendapatkan koleksi lengkap. Malangnya kesemua tempat hanya ada set pinggan dengan corak ‘ smile ‘ ( senyuman ) dan corak sudu garpu sahaja. Bagi corak ‘ LOVE ‘ tidak ditemui sedangkan dalam iklan menunjukkan ketiga tiganya ada dipasaran.

Gambaran set lengkap seperti dibawah ini.

Untuk mendapatkan set pinggan ini kita perlu membeli empat botol air Coca Cola 1.5 liter. Atau kita boleh pilih mana mana botol air seperti gambar dibawah iaitu Sprite, Fanta atau pun A&W. Setiap empat botol kita mendapat sekeping pinggan edisi terhad ini dan pilih mana corak yang disukai. Untuk menambahkan lagi koleksi yang ada, terpaksa kita belikan empat botol lagi bagi mendapat dua corak yang disediakan waktu bulan puasa yang lepas. Untuk dapatkan corak yang ketiga, puas pusing merata tempat tapi ternyata tidak ada dipasaran.

Sehinggalah…!

Pada hari ini 05/10/2012 sewaktu duacongkak buat tinjauan disebuah pasaraya berdekatan (kaunter hadiah) sambil berbual dengan awek dekat kaunter, mata terpandang pinggan dengan corak yang ketiga iaitu pinggan corak ‘ LOVE ‘ ( hati ) yang dicari cari selama ini. Apa lagi, dengan pantas masuk dalam pasaraya dan membeli empat botol lagi air Coca Cola ( campur campur ) dengan jenama lain lalu ditebus hadiahnya.

Corak pertama.  ‘ Senyuman ‘

 

Corak kedua… ‘ Garpu dan Sudu ‘

Dan corak ketiga berbentuk hati ( LOVE )

Kenapa mesti ada gambar yang sama? ” baca jangan tak baca. “

Gambar diatas juga adalah corak ketiga tapi kenapa di muatkan lagi dalam blog ini? Corak bagi gambar keempat ini adalah agak istimewa sikit dari gambar ketiga diatas. Ceritanya begini, sewaktu duacongkak hendak tebus pinggan ini di kaunter hadiah, terlebih dulu minta awek yang menjaganya keluarkan semua bentuk hati untuk dipilih, ada lebih kurang lapan keping kesemuanya. Satu persatu duacongkak memilihnya kerana mahu dapatkan yang tercantik tanpa sebarang calar atau rosak pada reka bentuk corak dan memastikan pinggan tidak sompek. Dalam belek punya belek didapati sekeping pinggan ada sedikit kelainan pada corak. Apa lagi, dengan senyum lebar duacongkak meminta pinggan yang ada kelainan ini terlebih dulu dan disimpan sebab mahu membeli empat botol lagi untuk dapatkan sekeping pinggan tanpa lebihan corak. Sebab dari lapan hanya satu saja yang ada kelainan.

Lihat keratan gambar dibawah.

Apa yang kelainannya? Cuba lihat keratan gambar diatas pada tulisan merah Coca Cola, ada pula ” CAP ” yang mana pada pinggan lain satu pun tidak ditemui corak yang sama. Sebagai contoh cuba lihat keratan gambar dibawah iaitu pada jenis pinggan yang sama.

Ini pula adalah dua biji pinggan yang sama corak dan digandingkan untuk memudahkan kita lihat perbezaan pada kedua dua jenisnya.

Rabak duit pun tidak kisah asalkan benda yang dicari ditemui juga lebih lebih lagi dengan adanya sedikit perbezaan pada corak tersebut.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Speaker n Radio (2)

Jumpa terus beli

Penyudahnya keluar juga speaker tin dari jenama Coca Cola, sebagai mana penerangan pada keluaran speaker Pepsi Cola, bagi tin Coca Cola ini sama saja. Kebetulan waktu melihat benda ini didapati kedua dua jenama ada bersama maka kedua duanya dibeli untuk dijadikan koleksi. Waktu sunyi boleh juga mendengar siaran radio.

 

Corak yang terdapat pada bahagian badan tin Coca Cola yang dapat kita lihat.

Tin ini datangnya dari negara China dan keratan ini juga menunjukkan bahagian dimana kita boleh mencari siaran radio mana yang kita suka.

Gambar kedua dua tin ini disatukan, walau pun berbeza jenama tapi kotaknya adalah sama.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Speaker n Radio

Jumpa terus beli.

Koleksi kali ini diperolehi semasa merayau rayau di pasaraya, bukan ada niat untuk berbelanja apa apa tapi sekadar cuci cuci mata. Bila sudah ternampak disebuah kedai hand phone kaki terus terhenti dan mendapatkan barangan didepan mata.

 

Mula mula kita layan kotak yang menarik perhatian sewaktu bersiar siar dalam pasaraya.

 

Keadaan sekeliling kotak yang kelihatan begitu ceria. Kita lihat pula apa isinya…

Sebiji can Pepsi dengan tulisan Cina, bila lihat pada kotak kelihatan gambar tin Coca Cola lebih menyerlah tapi isinya adalah Pepsi Cola. Tin ini bukanlah berisi air tapi ianya adalah sebuah Speaker dan ada pula radio yang boleh didengari. Selain radio, tin ini juga boleh disambung pada mana mana PC atau pun LT untuk mendengar.

Kedudukan speakernya dibahagian atas tin Pepsi Cola.

Bahagian untuk di cucuk cucuk wayar…

Bahagian lain pada tin Pepsi Cola yang dimiliki.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Barang buangan (4)

Asal jumpa…

Selama seminggu direndam dalam air biasa tanpa sabun, botol pun kelihatan jernih sedikit, brownie pun suka waktu hendak mengambil gambar, dia pun sibuk sama. Botol ‘ ORANGINA ‘ 200 ml berbentuk mentol ditemui bersama sama dengan fat botol Coca Cola.

Apa pun Fat Botol seperti diminati oleh Brownie apabila dia merenung seolah olah suka bentuknya. ” Hati hati Brownie, jangan sampai pecah. “

Apakah yang difikirkan oleh Brownie bila dia merenung Fat Botol yang pudar itu, yang lain lainnya terang dan masih ceria biar pun stikernya sudah luka luka koyak.

Gambar bawah pula tiga biji botol Orangina 200 ml yang ditemui dalam kebun pisang dan sayur sayuran.

Kelihatan tulisan pada badan botol Orangina.

Tidak pernah rasa airnya tapi memang tahu jenama ini ada dalam pasaran.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Barang buangan (3)

Asal jumpa…

Tinjau punya tinjau sekali terkejut bila terpandang  pokok betik renek yang penuh dengan buahnya, Tanpa membuang masa gambar pun diambil, sekali diamati rupanya pokok betik ini sudah tumbang dan batang betik sebenarnya terlindung dan hanya menampakkan bahagian atas yang menegak.

Ditebing parit maka terlihatlah sesuatu yang sepertinya beberapa biji botol yang bertaburan. Menurut kata tuan punya kebun, botol botol itu ditemui sewaktu mengorek tanah untuk membuat batas sayur. Lalu dikumpulkan ketepi parit dan ada antaranya dicampak dalam sungai. Setelah gambar diambil duacongkak pun mendekatkan diri didapati ada diantara botol botol tersebut yang sudah pecah terutama pada bahagian mulutnya. Kebanyakan berpunca kerana terkena mata cangkul sewaktu menggali.

Tuan kebun mengarahkan duacongkak supaya pergi ketepi sungai kerana ada diantara botol botol tersebut dicampak. Jarak sungai dengan parit hanya bersebelahan sahaja dan bila didekati maka ternampak lima biji botol yang terkumpul elok diatas lunggukan tanah serta sisa pokok pisang dengan daun kering.

Kesemua botol botol yang elok itu dikumpul dan mana yang pecah ditinggalkan saja, yang elok dibawa balik kerumah dan terus direndam untuk proses pembersihan. Ada diantara botol ini masih dengan penutupnya dan ada yang mulutnya tanpa penutup yang membuatkan didalam botol penuh dengan tanah. Sudah tentu bahagian dalam botol agak sukar untuk dibersihkan, dengan itu proses rendaman diperlukan agar kekotorannya mengembang dan mudah sikit untuk dicuci nanti.

Hasil yang dibawa balik cuma tujuh biji botol sahaja dan ada juga pelekatnya cacat sikit kerana luka akibat terbiar dalam tanah atau pun terkena mata cangkul.

Bahagian seterusnya akan bersambung lagi.

Apa pun simpannnnn…dulu.