1sen 1976

 

Die Gouge Error.

Bila terbaca 1sen 1976 mungkin ramai yang berminat untuk mengetahui akan cerita selanjutnya. Maklum saja siri 1sen 1976 ada antaranya menjadi gilaan orang. Tidak perlu banyak persoalan dimana terus terang sahaja duacongkak katakan bahawa syiling ini MELEKAT MAGNET. Bahan yang digunakan adalah dari copper clad n steel.

die gouge 1sen 76 a2

Apa yang hendak dikongsikan dalam keluaran atau terbitan kali ini adalah error yang terdapat pada syiling 1sen 76. Mungkin rakan diluar sana sudah ada yang memiliki jenis error yang terdapat pada syiling 1sen 76 ini, bagi duacongkak, ini adalah kali pertama ditemui dan ianya bukan dari hasil telekan atau pencarian biasa yang dilakukan, tapi sebaliknya diperolehi dari rakan numis/rakan FB/pembaca blog duacongkak juga yang dengan baik hati telah menghadiahkan sebagai kenangan dan ingatan. Hasil kiriman dari beliau rasanya lebih baik dikongsikan bersama rakan pembaca yang lain dalam blog ini.

die gouge 1sen 76

Seperti yang tuan puan lihat pada muka depan syiling ini, kelihatan satu bulatan biru dibahagian atas bangunan Parlimen. Pada tempat tersebut kita dapat lihat Die Gouge yang cantik bertepek pada tingkat yang paling atas. Menurut tuan punya syiling ini, dia miliki lebih dari satu dalam simpanan, oleh sebab itu dia sudi hadiahkan kepada duacongkak dan beliau juga menjelaskan bentuk Die Gouge adalah sama. Ini bermakna siri 1sen 1976  miliki jenis kecacatan yang sama dalam edaran dan mungkin banyak dipasaran ketika itu. Cuma kini jika hendak mendapatkannya agak sukar memandangkan, syiling 1sen sudah lama dimansuhkan.

die gouge 1sen 76 a1

Keratan gambar menunjukkan kedudukan Die Gouge Error yang terjadi pada atas bangunan syiling 1sen 1976. Mungkin ianya tidak popular sebagai mana syiling 50sen 1988 atau dikenali dengan Extra Dot mengikut buku.  Sebab 1sen 76  Die Gouge tidak popular senang sahaja, dulu syiling error agak kurang diminati pengumpul maka tumpuan pada setiap jenis syiling error diabaikan. Tapi kini jangan buat pasal, pantang terjumpa oleh para numismatik, error coin pasti digenggam dan disimpan sebaik baiknya. Malah dalam rakan rakan FB kita dapat lihat pelbagai penemuan baru yang cantik menarik dan tertarik yang tidak ada dalam simpanan kita akan muncul hingga menyebabkan terpaksa pula kita mencari dan menelek syiling setiap hari.

Cukuplah celoteh duacongkak untuk kali ini yang sememangnya sudah lama tidak dilakukan. Kepada rakan numis dan juga rakan muka buku yang baik hati memberi hadiah kenangan ini, duacongkak ucapkan berbanyak banyak terima kasih, tidak dapat dibalas dengan apa yang tuan sumbangkan ini dan duacongkak amat berbesar hati serta menerimanya dengan setulus hati juga.

TQ BOY NEO

Apa pun simpannnnn…dulu.

bayangan dua hala

Habuan dari kampong ku.

Salam sejahtera semua, lama bercuti balik kampong satu apa pun tidak dikeluarkan dalam blog duacongkak, malah blog pun tidak dibuka memandangkan internet kurang memuaskan. Apa bila sudah habis cuti dan selamat balik kerumah sendiri, duacongkak ingin berkongsi hasil yang diperolehi semasa balik kampong.

Sekeping syiling 1 sen dengan die clash menarik depan dan belakang.

 DSC_1892a  

Syiling 1 sen yang ditempa dan diedarkan pada tahun 2005, pada bahagian reverse syiling ini kita dapat lihat bayangan arca rebana yang hampir lengkap keseluruhannya. Tanpa menggunakan kanta pun kita boleh lihat bayangan arca ini dengan begitu jelas.

Begitu juga dengan bahagian obverse seperti gambar dibawahnya.

DSC_1893a

Sedikit bayangan arca yang dapat kita lihat iaitu tulisan BANK NEGARA MALAYSIA dimana perkataan NEGARA hanya ARA dapat dilihat dan perkataan MALAYSIA boleh dikatakan keseluruhannya dapat dilihat. Begitu juga pada cetakan tahun syiling ini ditempa iaitu 2005. Kelihatan begitu jelas. Dan sebahagian dari kaki angka 1 juga dapat dilihat pada kaki rebana. 

DSC_1892a-1

Gabungan kedua dua gambar dari sekeping syiling 1 sen 2005 yang diperolehi habuan balik kampong semasa bercuti…

Apa pun simpannnnn…dulu.

Die Clash berganda.

 

Syiling 1 sen 2005

Penemuan sekeping syiling 1 sen keluaran tahun 2005 yang sudah sekian lama hendak dimuatkan dalam blog tapi, disebabkan masalah komputer maka, pada hari ini duacongkak muatkan untuk tatapan semua. Apa yang istimewanya cuba lihat didalam gambar yang akan dimuatkan dibawah ini.

 

Sebelum ini duacongkak pernah keluarkan jenis jenis die clash error yang ada dalam simpanan, bagi syiling 1 sen 2005 kali ini agak istimewa dari yang sebelumnya. Cuba lihat permukaan syiling ini dimana kita dapat lihat dengan jelas bayangan arca rebana siap dengan kakinya sekali. Begitu juga pada bahagian tulisan NEGARA terdapat kesan bahagian tepi rebana itu timbul.

Apa yang istimewanya?

Sudah tentu persoalan itu timbul dikalangan pembaca sebab syiling 1 sen 2005 die clash error sememangnya banyak diluar sana…ramai pengumpul yang memiliki dan menyimpan secara senyap dalam koleksi.

Kita lihat bahagian depan syiling ini pula…

 

Apa yang dapat kita lihat pada bahagian depan syiling ini untuk 1 sen 2005.

Ternyata bahagian depan muka syiling ini juga terdapat die clash error dan begitu jelas bayangan arca bermula dari tulisan BNM, diikuti bentuk Bunga Raya, malah angka ‘ 1 ‘ juga kelihatan. Tidak cukup dengan itu kita dapat lihat juga bayangan tulisan angka ‘ 20 ‘ pada kaki rebana iaitu untuk Tahun.

Keistimewaan syiling 1 sen ini adalah disebabkan die clash errornya kita dapati pada kedua dua bahagian muka yang jarang dan teramat amat jarang ditemui. Sekiranya die clash error untuk satu bahagian muka agak mudah juga walau pun ada diantaranya terasa susah untuk mendapatkannya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Lagi Syiling Error

Die Crack Error (DCkE) n Die Chip Error (DCpE)

Gambar atas no komen, cuba lihat gambar dibawah pula.

Sekeping syiling 1 sen miliki dua jenis Error berlainan iaitu Die Crack Error dan satu lagi iaitu Die Chips Error. Bagi DCkE tuan tuan/puan puan boleh lihat pada bahagian huruf ‘N’ dimana satu bentuk metal yang timbul diarah jam 5.00 bawa kebahagian tengah hingga nombor ‘ 1 ‘. itu adalah Die Crack Error (DCkE).

Untuk DCpE pula cuba lihat anak panah kiri pada angka ‘ 0 ‘ dan juga terdapat sedikit DCpE pada huruf ‘ A ‘ untuk Malaysia. Rasanya tidak perlu cerita berlebih lebih sangat sebab semuanya hampir sama dengan apa yang duacongkak telah keluarkan sebelum ini. CUMA:

Satu keistimewaan syiling ini dipamirkan adalah tahun ianya dicetak. Banyak kejadian seperti ini ditemui pada syiling 2004 dan 2005 tapi amat sedikit atau amat jarang ditemui untuk tahun 2003. Sebagai mana yang kita tahu syiling 2003 amat special sekali bagi 10 sen dan diburu oleh ramai kolektor tapi, untuk syiling 1 sen 2003 yang terdapat Error/Ralat mungkinkah akan turut menjadi buruan pada penggemarnya. Kita lihat nanti. 

 Syiling 1 sen diatas baru ditemui penghujung tahun 2011, pada permukaannya terdapat satu garisan lurus melintang yang bukannya seperti kejadian Die Crack. Sebabnya, garisan tersebut bergaris lurus dengan kesan seperti calar dalam/garit. Tiada apa yang dapat diperjelaskan disini kerana tidak pasti jenis Error. Yang pasti satu garisan terjadi disebalik cetakan angka kerana garisan tersebut berada dibahagian bawah angka yang ada terutama nombor ‘ 1 ‘ untuk 1 sen.

Contoh DCkE, DCpE dan DChE untuk tahun 2005 yang mudah ditemui Errornya. Cuma 3 dalam 1 mungkin sukar juga kita temui daripada satu jenis Error atau yang dua jenis Error.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Die Chips Error 2005

Himpunan koleksi yang ada.

Selain dari syiling 2004 die chips error yang dikeluarkan, kini giliran bagi syiling 1 sen 2005 yang mengalami kecacatan (ralat) dipamirkan sebagai koleksi.

Seperti biasa yang kita kenali bagi duit syiling 1 sen siri 2 dengan corak muka depan adalah Rebana Ubi.

Berikut adalah bahagian pertama dimana kita dapat lihat bahagian Die Chips Error pada syiling 1 sen 2005 yang berlainan sedikit dengan syiling die chips error 2004. Syiling 2005 terjadi die chips pada angka ‘ 0 ‘ dikedua duanya. Lebih menarik lagi Die Chips Error dalam kedudukan berbeza, sebelah kiri yang kiri dan sebelah kanan yang kanan. Istilah mudah untuk difahami bagi jenis error ini ” Die Chips Error MERAJUK “. Sebab apa yang dikatakan merajuk adalah kerana diantara kedua dua die chips ini tidak sehaluan dan berpaling antara satu sama lain.

Seterusnya

Yang ini agak lebih menarik untuk disimpan kerana Die Chips Errornya terjadi dipelbagai tempat. Selain berlaku pada ‘ 0 ‘ untuk 2005 sebagai mana ditunjukkan dengan anak panah merah, terdapat juga Die Chip pada angka ‘ 1 ‘ iaitu dibahagian bawah angka tersebut. Seterusnya sedikit Die Chip pada angka ‘ 5 ‘. Teristimewa sekali Die Chip yang terdapat di huruf ‘ M ‘ untuk Malaysia yang lebih sukar untuk ditemui.

Selain Die Chips yang ditunjukkan, duacongkak tidak lupa hendak tunjukkan satu lagi jenis ERROR yang ada pada muka belakang syiling ini. Cuba perhatikan sisi RIM yang bermula dari jam 10.00 hingga jam 5.00 dimana kelihatan seperti rekahan atau berlapis. Lebih ketara pada kedudukan jam 11.00 hingga jam 2.30 dimana rekahan lebih besar dan amat jelas sekali. Bagi sudut lainnya seperti biasa tanpa kecacatan.

Syiling ke tiga Die Chips Error MERAJUK

Syiling ini kelihatan sama errornya dengan yang pertama tapi bukan dari syiling yang satu.

Syiling ke empat.

Syiling ini mempunyai TIGA jenis error dalam satu. Die Chips terjadi pada kedua dua angka ‘ 0 ‘ seperti diatas. Error kedua pula jelas kelihatan Die Crack yang bermula dari angka ‘ 1 ‘ dan pecah kebawah hingga huruf ‘ E ‘ dan berakhir pada rim jam 6.00. Error yang ketiga pula adalah bayangan arca ( Die clash error) yang sedikit samar samar dapat dilihat jika diamati depan mata.

Berikut adalah syiling error yang amat berlebihan terjadinya. Sebelum ini pernah duacongkak pamirkan jenis error begini tapi syiling ini adalah yang kedua ditemui dan berada dalam simpanan. Boleh lihat semula keluaran yang lepas dan cuba bandingkan diantara kedua dua syiling ini adalah berbeza bentuknya.

Dikeluarkan juga semata mata hendak tunjukkan atau mahu disatukan setiap syiling Die Chips Error dalam satu keluaran, mudah dibuat perbandingan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Die Chips 2004

Sebahagian dari yang ada dalam koleksi.

Apa yang hendak ditunjukkan dalam keluaran siri pertama 2012 untuk duit syiling 1 sen 2004 adalah dari kepelbagaian Die Chips yang terjadi ditempat yang sama pada tiga keping syiling berbeza.

Bahagian muka depan dengan bentuk Rebana Ubi.

Syiling untuk tahun 2004 yang memiliki Die Chips, berpandukan anak panah merah kita dapat lihat bahagian yang dikatakan Die Chips.

Anak panah pertama yang menunjukkan angka ‘ 2 ‘, Die Chipnya terjadi pada bahagian sesiku dengan lebihan metal yang amat jelas.

Yang kedua pula bagi angka ‘ 0 ‘, juga jelas kelihatan Die Chip yang terjadi dibahagian bawah angka tersebut.

 Anak panah ketiga pula pada bahagian ‘ 0 ‘ bersebelahan angka ‘ 4 ‘ dimana Die Chip berlaku dibahagian dalam angka ‘ 0 ‘.

 Dan anak panah keempat pula Die Chip terjadi pada lipatan kaki nombor ‘ 4 ‘.

Syiling kedua.

Bahagian yang ditunjukkan berpandu pada anak panah merah kelihatan sama tempat dengan syiling pertama. Kalau diperhatikan betul betul ternyata kedua duanya tidak sama bentuk Die Chips. Bagi syiling kedua ini Die Chips kelihatan lebih kembang dan menutupi angka ‘ 0 ‘ dan ‘4’

Syiling ketiga juga masalah Die Chips tapi hanya berlaku pada angka ‘ 2 ‘ dan ‘ 0 ‘. Tidak berlaku pada angka ‘ 0 ‘ dan juga angka ‘ 4 ‘ sebagai mana terjadi pada syiling pertama dan kedua.

 dari tiga siri Die Chips yang dikeluarkan ini sepertinya boleh dirumuskan sebagai jaluran dari mesin pencetak yang sama. Ianya terjadi berterusan dari permulaan yang kecil dan diikuti satu persatu hingga alat penempa tersebut semakin membesar pecahnya sebelum dibaiki. Oleh kerana syiling ini sudah terlalu banyak diproses tempa maka pihak QC mungkin abaikan dan terus diedar kepada pengguna. Nasib tidak baik terjumpa pula pada kolektor error makanya, syiling ini pun terus disimpan dan dipamirkan.

Apa pun simpannnnn…dulu 

Die Clash 1 sen

Istimewa syiling 1988

Siri Parlimen keluaran pertama, bermula 67 hingga 88, bukan turutan tahun dia menjelma, ada antaranya tidak dikeluarkan.

Antara tahun yang dicari, error dan rare jadi buruan, boleh dilihat setiap hari, pelbagai bentuk menjadi habuan.

Sambil membelek mengguna kanta, ternyata sukar untuk diperolehi, tunjukkan istimewa seperti dikata, agar yang lainnya turut berahi.

  

Buruknya rupa nampak berkarat, rasanya gred fine lagi cantik, bayangan ‘satu’ nampak sekerat, itulah istimewa yang terdetik.

Clash Die pertama dimuka depan, jarang jarang juga kita temui, muka belakang juga ada bayangan, itulah istimewa yang dicari cari.

  

Lihat arcanya amatlah jelas, dimuka belakang yang nampak seri, hasil pencarian sudah berbalas, sebagai upah membelek berhari hari.

Die Clash Parlimen sebelah kanan, bentuk bulan bintang dipuncak satu, itulah istimewa dapat dijelaskan, dalam simpanan baru ada satu.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Die Chips Error?

 Lintah

Jangan disebut pasal lintah, baru dipandang terasa geli, error coin ini baru bergetah, ditelek direnung berkali kali.

Lintah moden dipelihara orang, untuk perubatan cara tradisional, Die Chip Error sudah bersarang, diangka satu memberi signal.

Badan membulat dipenuhi darah, setelah menghisap sehingga kenyang, die chip dipuncak bagaikan lintah, duduk bersantai bersenang lenang.

 

Lintah darat jangan didekat, kelak menyesal seumur hidup, rupa syiling sudah tak berkilat, kerana usianya sudah meletup.

Lintah liar dalam kubang dan parit, lintah ternak ditempat selesa, nilai muka syiling ini belum terbit, gambar diatasnya nampak  macam biasa.

 

Lintah melekat di nombor satu, darah meleleh pada kaki kakinya, Die chip dinamakan sudahlah tentu, bertapak melekat tiga tempatnya.

Membulat perut kerana santapan, duduk bertenggek tanpa diganggu, syiling ditempa 1988, yang terakhir sekali untuk siri satu.

 

Anak panah merah sebagai penunjuk, tiga die chip yang dapat diterjah, yang paling atas lintah itu duduk, yang bawahnya pula lelehan darah.

Sekian saja persembahannya.

Harap kepada semua pembaca dapat memahami apa maksud sebenar syiling ini walau pun pada keluaran kali ini duacongkak tuliskan dalam bentuk berpantun. Sudah sekian lama duacongkak tidak menulis dalam bentuk pantun sebagai mana yang pernah dilakukan sebelum ini.

Bukan senang hendak mereka sesuatu dalam bentuk pantun seperti ini, apa tah lagi ciri ciri duit error amat sukar untuk diterjemahkan, lebih lebih lagi duacongkak sendiri masih terpinga pinga dengan istilah error yang ada. Terlalu banyak dan kesemuanya dinamakan dalam bahasa inggeris yang sudah tentu bukan bahasa bualan bagi duacongkak. Atas sebab itu amat sukar untuk memahami satu persatu. Mujur ada rakan rakan yang sudi memberi tunjuk ajar dan sekurang kurangnya dapatlah juga sedikit ilmu untuk duacongkak menempelkan dalam blog ini.

Mungkin pembaca semua perasan bahawa duacongkak keluarkan setiap hari isi blog adalah benda yang sama, cuma berlainan pada jenis jenis syilingnya dan juga tahun ianya ditempa serta kedudukan error yang terjadi.

Apa nak buat…!

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

1 sen 2005 error

Penemuan syiling 1 sen 2005

3 ERROR IN 1 coin

Selain dari syiling yang ditemui sebagai Die Chip Error pada 1 sen 2005, terdapat juga penemuan Die Crack Error pada syiling keluaran tahun yang sama. Syiling yang mana Die Crack dari Rim ke bahagian tengah. Juga bagi yang perasan bukan 1 error yang terjadi pada syiling ini dan juga bukan dua malah ada tiga kesemuanya. Satu lagi Error adalah ‘ Bayangan Arca ‘ ( Die Clash ). Makanya sekeping syiling ini terdapat 3 jenis Error berlainan.

Cuba lihat…

 

Bahagian depan coin dengan rebana ubinya. Ditempa sebanyak 437,400,000 terlalu banyak makanya terdapatlah syiling syiling yang error dan menjadi sebahagian koleksi kepada yang meminatinya. Bukan semua mudah untuk kita temui dari jenis jenis error. Sekiranya tanpa sebarang minat, sudah pasti semua ini dibiarkan begitu saja. Lebih lebih lagi bagi syiling 1 sen Malaysia yang sudah tidak diguna pakai dalam urusan perniagaan lagi. Makanya semakin sukar untuk kita memperolehinya. Bagi mereka yang simpan sejak awal sudah pasti beruntung dan dapat membelek belek semula untuk dapatkan apa yang siarkan oleh para bloger berkaitan dengan syiling error. Bila bertemu sesuatu error yang baru, hati benar benar terasa puas dan tidak sabar sabar rasanya untuk dimuat kedalam blog untuk dikongsi bersama.

Banyak celoteh betul.

Asyik berceloteh tanpa tunjukkan gambarnya boleh membosankan juga.

Cuba lihat bahagian bulatan yang tertera dimuka syiling ini. Terdapat dua bahagian yang dikatakan Die Crack Error. Satu dibahagian atas ikut arah jam 12.00 dan terus ke bahagian tengah dimana penghujung ditengah tengah bunga raya. Yang kedua pula Die Crack berlaku dibahagian bawah arah jam 7.00. Bagi bahagian kedua ini die yang pecah bermula dari tengah dan bawa ke rim seperti yang dapat dilihat dalam gambar. Sebab apa duacongkak kata begitu. Lihat pada bahagian tengahnya, keadaan pecahan agak besar dan berkumpul lalu menyebabkan rekahan dan terus ke bahagian rim. Hinggakan huruf ‘S’ juga menjadi mangsa dimana metal turut menempel.

Selain dari Die Crack yang dikatakan, pada syiling ini juga terdapat Die Chips sebagai mana keluaran sebelum ini pada huruf ‘0’ untuk 05. Ini dapat digambarkan yang syiling ini terjadi selepas Die Chip berlaku. (hanya pendapat saja). Selepas itu barulah proses penukaran dilakukan dan ada kemungkinan, diantara syiling ini, pasti terdapat yang jenis Major Die Crack…setelah itu baru ditukar ganti. Contohnya rekahan die akan bertemu antara atas dan bawah serta melibatkan rekahan die yang besar.

Bukan setakat Die Crack dan Die Chip, malah kalau diperhatikan betul betul pada bahagian muka belakang syiling ini, terdapat juga Die Clash ( bayangan arca ) rebana ubi. Benjolan yang menyebabkan timbul dipermukaan syiling ini disebabkan oleh ‘ tapak Rebana Ubi ‘ terjojol.

Macam pakar…pada hal hanya pandangan saja.

Keratan atas 

Keratan bawah menampakkan Die Crack serta Bayangan Arca Rebana Ubi serta benjolan dari tapak Rebana.

Ini dia Die Chipnya…

WATAMMMMAT.

Apa pun simpannnnn…dulu.